” Lawa sangat rumah Bellaz, tersergam indah.. ” – Netizen

MUA Bellaz Muatnaik Rakaman Video Keadaan Ruang Tamu Rumahnya Buat Ramai Yang Terpegun. Wah Cantik Sungguh Rumah Bellaz, Luas Dan Kemas !!

Nabilah Zulydaini atau lebih dikenali dengan nama MUA Bellaz merupakan seorang jurusolek yang terkenal. Bellaz berasal dari utara dan gemar membuat video tutorial dengan celotehnya yang menghiburkan.

Meninjau ke akaun Instagram, p0sting terbaru Bellaz telah meraih perhatian para pengikut Instagramnya. Bellaz telah memuatnaik video di bahagian ruang tamu rumahnya. Wah, nampak cantik dan luas sangat.

Umum mengetahui, Bellaz baru sahaja menetap di kediaman barunya yang dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri. Bellaz pernah berkongsi gambar rumahnya sebelum ini yang tersergam indah dan begitu besar.

Dapat dilihat ruang tamu rumah Bellaz mengenakan tona warna yang lebih kurang sama daripada sofa, langsir dan juga warna dinding. Walaupun ringkas tanpa perabot yang sarat namun cantik dan selesa sungguh.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah menerima pujian daripada netizen yang kagum dengan kecantikan rumah Bellaz. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cantiknya rumahhh.. minta sesiapa yg baca komen sy semoga sy diberikan rezeki utk memiliki rumah sprt ni.. aamiin.. masih belum diberi kesempatan utk ada rumah sendiri.. “

” Comelnye ruang tamu.. lawa.. Pakai phone holder ke kak bellaz? Alamakkk bawah tv tuu soletap merahh… Bella ada je jual tuk lock laciĀ² or almari tak nk bg anakĀ² buka… “

” Cantik nya camera dia .. tambah pulak rumah k.bellaz cantik sgt.. syurga dunia.. Sejuk ja mata memandang elok weyyy.. “

” Pergh lawa rumah.. macam rumah saya.. haha.. Warna rumah dan sofa kita sama.. Syukur nikmat rezeki dunia yang Allah berikan.. “

” Cantiknya rumah bellaz.. alhamdulillah… murah rezeki bellaz.. Tv tu bah4ya.. bg ade ank kecil.. kena gantung.. “

” MashaAllah lawa sangat.. cantik dan luas.. tak banyak perabot.. Moga saya ada rezeki mcm bella. Moga bella btmbh kaya raya. Dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah taala.. “

” Tersergam indah.. Jgn bt cmni Bella. Satgi kami pun ketaq nk beli tau .. ui, lawa sangat rumah bellaz.. seronoknya.. “

Wah, tengok ruang tamu pun dah cantik sangat kan. Pastinya ruang rumah yang lain juga secantik ruang tamu Bellaz. Agak-agak Bellaz nak buat tak house tour nanti, hehe. Semoga Bellaz terus berjaya dalam karier.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mua Bellaz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo oH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..