” Lara, berenang laju betul. Boleh jadi the next Nurul Huda.. “

Video Aksi Lara Alana Di Kolam Renang Buat Ramai Kagum. Wow, Hebat Sangat Ni Sampai Jauh Ketinggalan Perenang Yang Lain. Terbaik Lara !!

Lara Alana merupakan anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Lara merupakan antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian ramai terutamanya di media sosial. Populariti Lara setanding dengan ibu dan bapanya.

Ini boleh dilihat melalui jumlah pengikut di laman Instagramnya yang begitu ramai sehingga mencecah 3.8 juta orang. Aktiviti Lara sering dikongsikan oleh ibu dan bapanya di laman Instagram Lara termasuk juga aktiviti Lara di sekolah.

Lara dilihat seorang kanak-kanak yang bijak dan petah berkata-kata sejak kecil lagi. Lara pernah mempunyai rancangan sendiri yang disiarkan di saluran Astro iaitu Lara Oh Lara yang diterbitkan pada tahun 2016 mengisahkan kehidupan Lara Alana yang dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Menerusi akaun Instagram, video Lara sedang berlatih berenang di sekolahnya telah dikongsikan. Lara berlumba dengan beberapa orang pelajar lain namun aksi Lara berenang telah menarik perhatian ramai. Lara berenang paling laju di antara semua.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen kagum dengan kehebatan Lara berenang. Antara komen-komen mereka :

” Lara… berenang laju betul.. “

” Wow! Im so impress with u Lara.. could be the next Nurul Huda, who knows la kan.. “

” Anty doakan Lara jadi perenang terbaik negara macam Nurul Huda.. “

” Wahhh Hebatnya lara.. “

” Lajunyaaaa .. “

Wow, nampak kehebatan Lara apabila dia berjaya menewaskan perenang yang lain. Tidak mustahil suatu hari nanti Lara boleh menjadi perenang negara. Semoga Lara terus berlatih sehingga mampu pergi lebih jauh dalam sukan renang. Good job Lara !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..