” Lama tak tengok couple ni layan hindustan, sekali layan tak pernah tak best.. ” – Netizen
Video Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Menari Lagu Hindustan Di Luar Negara Raih Perhatian Ramai. Wah Sweet Habis Lah Pasangan Ni. Hebat Wawa Menari, Dah Macam Aishwarya Rai !!
Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel memang terkenal dengan sifat romantik. Bahkan ada sahaja perkongsian video mahupun gambar oleh mereka di Instagram pasti mendapat perhatian para peminat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Wawa, telah berkongsi satu video yang memaparkan Wawa dan Aeril sedang menari ala-ala hindustan di kawasan pergunungan di luar negara. Sekadar info, Wawa dan Aeril sekarang sedang bercuti di beberapa buah negara bersama rakan-rakan mereka.
Sudah lama tidak berkongsi video romantik menari sebegini, semestinya perkongsian pada kali ini telah menarik perhatian warganet. Cara Wawa dan Aeril menari juga telah mendapat pujian lebih-lebih lagi Wawa yang langsung tidak kek0k mengikut rentak lagu.
Bahkan ada peminat yang meny4kat Aeril dengan menyatakan yang Aeril seakan kaku sedikit ketika menari. Sehingga kini video Wawa dan Aeril menari telah mendapat lebih 100 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai video perkongsian Wawa tersebut dan telah memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lama tak tengok couple ni layan hindustan, sekali layan tak pernah tak best. Nampak sweet habis lah, hehe.. “
” Wawa menarik comel, Aeril nampak kaku skit haahaha tapi memang best lah tengok. Dah ramai anak pun masih romantik, alhamdulillah.. “
” Aapka Dil Hamare Paas Hai. One of the best hindi movie. Fuhyooo hebat lah korang menari, lama sangat tak layan hindi.. “
” Kalau aku buat dgn laki aku mau gelak je lebih. Tapi Wawa dan Aeril ni sweet sokmo ar. Wawa cun sangat menari.. “
” Aeril macam m4lu2 pasal yer, hahaha. Pandai Wawa, dah macam tengok Aishwarya Rai tengah menari, piwett.. “
” I like it selalu suka dengan pasangan ini, tak pernah tak sweet. Kelakar baca kapsyen Wawa, Wawa bacan pun ok lah, janji sweet.. “
” Aeril napa kej0ng sangat tu, hahahaaha. Pandangan mata Wawa tu, adeh bersemut tengok. Semoga terus bahagia Wawa n Aeril.. “
Meskipun mendirikan rumah tangga sudah 10 tahun dan mempunyai empat orang cahaya mata, Wawa dan Aeril masih nampak sweet seolah baru sahaja mendirikan rumahtangga. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan Wawa dan Aeril ini akan terus kekal sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal, Aeril Zafrel
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..