”  Lagu rare ni, legend iklan ni. Haha.. ” – Netizen

Bell Ngasri Kongsi Video Iklan KKM Yang Dilakonkannya Bersama Keluarga Pada Tahun 90-an Buat Ramai Rindu Zaman Kanak-Kanak. Pergh, Ini Betul-Betul Legend, Tapi Rupa Bell Tak Berubah Langsung !!

Bell Ngasri merupakan seorang pelawak dan pelakon terkenal tanah air. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak dari kecil lagi. Kesemua adik-beradiknya turut menceburi bidang seni termasuk bapanya, Ngasri Sain yang merupakan personaliti TV.

Adik beradik Bell yang lain iaitu Darling Ngasri, Anne Ngasri dan Naszeli Ngasri turut popular suatu masa lalu. Namun kini mereka sudah lama tidak muncul di kaca TV kecuali Bell yang masih aktif dan popular sehingga kini. Antara drama yang melonjakkan nama Bell ialah Pa’e pada tahun 1998.

Melalui drama tersebut, beliau telah memenangi Aktor Pembantu Terbaik dalam Anugerah Skrin 1998. Bell kini aktif sebagai pelawak dan banyak menyertai pertandingan lawak seperti Maharaja Lawak Mega dan Super Spontan.

Menerusi akaun Instagram, Bell berkongsi sebuah video iklan lakonannya sewaktu beliau kecil. Video berkaitan kebersihan yang merupakan sebuah iklan menyampaikan mesej kesihatan merupakan iklan sekitar tahun 90-an. Adik-beradik Bell turut melakonkan iklan tersebut bersama ibu dan bapanya.

Rata-rata netizen teringat kembali memori silam apabila menonton video ini. Antara komen-komen mereka :

” Halaa dikk aku ingat lg lagu ni.. “

” Iklan feveret ni. Suka lagu dia.. “

” Ni mau dah 20 tahun lbh nak masuk 30 tahun usia video ni, time ni ak baby lagi entah2.. “

” Alamak ter Imbas zaman dulu dulu… Mengamit memori betuiiii .. “

” Patut keluarkan balik iklan ni kt tv.. “

” Hihi.. ingat lagi iklan ni. Hang legend, bell.. “

” Bapak legend .. aku pun tk lahir lagi ni .. “

” Aduh suara abg bell ke tu? Tu nyanyi ke nak mar4h ? “

” Purbakala punya iklan ni. Masa ni pakai cap boy london kayuh beskal.. “

”  Lagu rare ni… legend punya lagu.. haha.. “

Wah, memang legend iklan ni. Pada sesiapa yang lahir pada tahun 80 an pasti masih ingat akan iklan ini. Namun begitu, Bell tak banyak berubah pun dari kecil sehingga sekarang walaupun usia sudah mencecah 40 an. Memang awet muda sungguh Bell !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri by  Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..