” Kita yang baca pun rasa tumpang bahagia.. ” – Netizen

Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri Tersayangnya, Qaabila Deena Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke -5 Raih Pujian Ramai. Ucapan Penuh Bermakna, Terbaik Saharul !!

Meninjau di Instagram milik pelakon Saharul Ridzwan, telah berkongsi kata ucapan istimewa buat isterinya, Qaabila Deena. Ucapan tersebut adalah sempena ulang tahun perkahwinan pasangan ini yang telah masuk 5 tahun pada hari ini.

Menitipkan kata ucapan yang sangat bermakna itu, Saharul juga turut berkongsi gambar kenangan ketika dia dan isterinya diijabkabulkan. Perkongsian oleh Saharul itu telah menjadi perhatian ramai peminat dan hingga kini ucapan Saharul telah mendapat hampir 130 ribu tanda suka.

Ramai peminat yang turut mengucapkan tahniah sempena ulangtahun perkahwinan pasangan ini. Di kapsyen Saharul menulis yang dia mengimpikan bahawa dia dan keluarganya dapat bersama di syurga nanti dan berharap segala usahanya itu dapat dilakukan sekarang bersama isteri tersayang.

Meskipun ucapan tersebut dilihat ringkas, namun pengisiannya sangat bermakna dan mendalam kata-kata Saharul buat Deena. Bagi yang mengikuti perkembangan Saharul sekarang pasti tahu bahawa penampilan terbarunya dengan memakai serban, dilihat sejuk rasa mata yang memandang.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai turut memberikan kata ucapan dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tahniah abg cik & Deena, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah dan sentiasa dlm lindungan serta rahmat Allah swt, ucapan tu paling sweet sangat.. “

” Jazakumullah bang, semoga sllu dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan keluarga bang, smga kekal bahagia ke syurga, tak pernah tak sweet lah Saharul ni.. “

” Mashaa Allah, kita yang baca pun rasa tumpang bahagia, semoga kekal bahagia dibawah rahmat Allah swt. Happy anniversary Saharul dan isteri.. “

 ” Semoga mahligai ini kekal bahagia brsama keturunan shgga ke Syurga Firdaus, dprmudahkn sgala urusan dunia akhir4t, aamin.. “

” Cepat masa berlalu kan, dah anak 2. Happy Anniversary korang. Semoga Cinta korang berdua kekal abadi selamanya.. “

” Alhamdulillah, Happy anniversary. Moga sentiasa bahagia dan kekal sampai jannah yer Saharul dan Deena.. “

” Sweetnya ucapan Saharul, anyway happy anniversary Rul dan Deena, semoga rumah tangga kalian sentiasa diberkati Allah dan dilindungi selalu.. “

Rasa seperti baru sahaja pasangan ini mendirikan rumah tangga, dah lima tahun rupanya usia perkahwinan mereka. Kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat ulang tahun buat Saharul Ridzwan dan isteri, semoga ikatan cinta kalian ini terus kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..