” Kena extra bayaran ni. Dia lah MC, dia lah penyanyi.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Di Hari Raya Buat Ramai Terhibur. Amboi, Siap Ada Buat Konsert Nyanyi Lagu Raya Lagi. Pandai Wira Hafal Lirik Lagu !!

Meninjau ke akaun Instagram Betty Rahmad, perkongsian video anaknya, Ardy Wira ketika menyambut hari raya telah membuatkan ramai terhibur. Dapat dilihat dalam video tersebut berkumpulnya kaum keluarga dan sanak saudara.

Namun lain pula gelagat Wira berbanding dengan kanak-kanak lain yang berada di situ. Wira memegang sebuah mikrofon sambil bercakap dan mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi duit raya kepadanya.

Kemudian Wira turut menyanyikan sebuah lagu hari raya yang membuatkan ramai yang berada di situ bersorak. Wah, meriah betul suasana pagi hari raya Wira sekeluarga. Tambahan pula apabila melihat gelagat Wira yang menghiburkan.

Betty turut menulis di ruangan kapsyen dengan menyatakan bahawa Wira boleh diupah untuk menjadi MC apa-apa majlis. Memang dah nampak bakat Wira ni kerana Wira tidak segan atau pem4lu apabila bercakap di khayalak ramai.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memberi komen dengan emoji ketawa. Antara komen-komen lain daripada netizen ialah :

” Kena extra bayaran ni .dia la mc .dia la penyanyi.. Best lah Wira Selamat Hari Raya.. dia hafal lirik seh.. ger4mnya petah bercakap.. “

” Selamat hari raya bettyrahmad ardydamis & wira p0t pet. Pass dah ni jadi mc in the future.. wira wira dah pandai nyanyi.. “

” Aiyohhh hebattt wira.. Alololo cerdik nye dye.. Oohh darling sweetheart God Bless U Boy .. He’s so cute with his chatter box … “

” Haha lagu raya penuh nyanyi lirik dia ye alololo bijakknyaa.. Pandai ardywira_ , didikan yang penuh kasih syg dari mak dan ayahnya.. “

” Ya Allah Wira Anja ayang buc0k2 ni ger4m nyaa tgok dia.. Ad0haiii so cute so brave so brilliant… Wira Wira.. “

” MasyaAllah so clever and charming boylah Eid Mubarak.. Wira so adorable.. Clever and well mannered happy boy.. “

” Auntie nak b00king MC utk open hse di penang… ok or not wira. bakat terserlah jadi mc.. Alhamdulilah, comelnya.. “

Bijak sungguh lah Wira ni. Baru berusia 3 tahun namun Wira sudah petah berkata-kata dan pandai menyanyi lagi. Semoga Ardy Wira membesar menjadi anak yang soleh dan tidak mustahil bakat Wira yang petah berkata ini boleh menjadikan Wira seorang hos yang terkenal.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty rahmad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..