” Kejap je dah 2 tahun, happy birthday Nyamma.. ” – Netizen

Fazura Kongsi Koleksi Video Anaknya, Nur Fatima Aisya Dari Lahir Sampai Sekarang Sempena Hari Lahir Fatima Yang Ke 2 Tahun. Ada Video Yang Belum Pernah Dikongsikan Sebelum Ini. Part Yang Fatima Pakai Hijab Tu Comel Sangat !!

Tanggal 2 Oktober dinanti-nantikan oleh pasangan Fazura dan Fattah Amin. 2 tahun lalu, pada tarikh yang sama lahirlah permata hati mereka, Nur Fatima Aisya. Kelahiran Fatima adalah anugerah terindah buat Fazura dan Fattah.

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu coretan panjang buat Fatima. Tulis Fazura, tiada kata yang dapat diungkapkan tentang perasaannya untuk Fatima. Melihat Fatima membesar di depan mata, si kecil ini anak yang kuat dan penyayang.

Doa Fazura semoga Fatima sentiasa dilindungi oleh Allah dan menjadi anak yang berbudi bahasa dan penuh dengan adab. Sayangnya seorang ibu tiada sempadan. Tambah Fazura lagi, apabila Fatima besar nanti Fatima boleh melihat video ini dan merasai betapa besarnya kasih sayang untuk Fatima.

Fazura turut berkongsikan koleksi video dari Fatima lahir sehinggalah usia Fatima sekarang 2 tahun. Banyak memori manis tercipta bersama puterinya ini, comel sangat Fatima ketika bayi. Bambam sungguh Fatima.

Jom tonton video di bawah :

Dari sebesar tapak tangan dan sekarang Fatima sudah pandai bercakap dan banyak akalnya. Lihat sahaja daripada video itu, ada sahaja telatah cheeky Fatima. Antara komen-komen peminat :

” Happy birthday baby princess fatima sayang. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah, jadi anak yang baik, bijak, and sentiasa disayangi ramai. Insyaallah. Aunty Mimi loves you.. “

” Caption tu mengalir air mata ku. Amin ya rabal alamin Sweet nye video ni. happy birthday fatima cayang anak kesayangan Allah dunia akh1rat insyallah.. “

” Happy birthday darling Fatima.. sayu tgk video ni. semoga menjadi anak yang solehah, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.. berjaya dunia dan akhirat.. “

” Post ni ada bawanglah, Happy birthday Nur Fatima Aisya. Happy 2nd bornday fatimah aisya. Love watching you growing up.. “

” Kejap je dah 2 tahun. Happy birthday nyamma. Semoga membesar dengan kuat dan sihat. Comelnyaa Fatima melayan baby dia hehe.. “

” So cute Fatima.. I can see that u r so loving, smart and gentle. Happy Birthday darling.. Grow into a beutiful and strong person ya. Jadi penyejuk mata dan hati mummy daddy, anak yg solehah. Amiinnn.. “

” Tak sangka saya tengok video ni sampai hab1s, happy birthday fatima.. semoga sihat selalu, jadi anak yg bijak & solehah, sentiasa dlm rahmat & lindungan Allah SWT.. Aminn..

” Comey betul Fatima.. muka dia kadang Ada Iras ayah dia, kejap2 macam mak dia pulak. happy birthday Fatima.. may Allah bless her.. “

Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya kesayangan mommy dan daddy daripada kami di Berita Kopak. Semoga Fatima diberikan kesihatan yang baik selalu, menjadi anak yang solehah dan kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, IG Fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..