” Kejap dah berjalan, comel je terkedek-kedek.. ” – Netizen

Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Video Terkini Anaknya, Tunku Sofia Najihah. Alahai Comel Sangat Cara Jalannya Tu, Laju Kakinya Sama Laju Dengan Mulut Meng0mel. Cute Sangat Princess Ni !! 

Nama pengacara terkenal Sarimah Ibrahim cukup dikenali ramai. Mula mendapat gelaran Che Puan Sarimah setelah mengahwini Tunku Nadzimuddin pada 2 April 2015. Sarimah juga telahpun dikurniakan seorang cahayamata perempuan yaang diberi nama Tunku Sofia Najihah.

Puterinya ini sudahpun setahun usianya dan membesar menjadi anak yang comel raut wajahnya. Meninjau akaun Instagram Sarimah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Tunku Sofia yang kini l1ncah berjalan. Tunku Sofia yang sudah mula pandai berjalan ini tidak duduk diam dan berjalan ke sana ke mari dengan riangnya.

Kedengaran suara sang puteri ini sedang bercakap dalam versinya tersendiri sambil tersenyum gembira. Sarimah turut menulis di kapsyennya berbunyi ‘mommy tak payah pergi gym lepas ini’ kerana aktifnya si kecil ini. Dengan telatah Tunku Sofia yang baru pandai berjalan ini, pasti perhatian yang lebih perlu diberikan.

Sudah menjadi kebiasaan buat kaum ibu, ketika anak di peringkat mula berjalan ini pasti perasaan r1sau andai anak jat0h membuatkan setiap masa mata akan memerhati dan mengekori rapat untuk memastikan keselamatan si kecil. Begitu jugalah yang dialami Sarimah sekarang dan bertambah sibuklah mommy mengejar Tunku Sofia.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Tunku Sofia berjalan terkedek-kedek itu menarik perhatian peminat. Alahai cepat betul besar puteri comel seorang ini. Mulutpun tak berhenti berbunyi, banyak mulut macam CP Sarimah juga ni. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah.. comel ni dah pandai berjalan.. Itu blm lagi… nanti bila sudah pandai berlari. pen4t CP.. “

” True… Sy ank2 besar mcm ni, tak perlu gi gym, tak perlu exercise… Kejar diaorg pun dh kurus. Phewww… “

” Kejap dah berjalan.. comel je terkedek2.. Lesen l hahaha comel je. Dah laju jalannya.. “

” Times flies by so fast, baby dah ada kaki… Wow.. Cepatnya.. Comelnya tuan puteri dah pandai jalan.. “

” Berjalan sambil main kereta mainan, so cute.. Baru dapat kaki katakan, tak berhenti laaa jalannya.. “

” Get ready mummy lepas ni jd sprinter… bila Sofia pandai berlari… pastu mummy jd stuntman… bila Sofia aktif panjat sana sini.. “

” Masya Allah tunkusofia is growing very fast dah pandai jalan. Big big hug for her please. Sayang dia.. “

Bukan main seronok lagi Tunku Sofia, jalannya pun sudah semakin laju walaupun terhuyung-hayang. Cepat dan perkembangan yang bagus untuk Tunku Sofia. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Tunku Sofia sentiasa di bawah rahmat Allah dan membesar dengan sihat. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG CP Sarimah Ibrahim 

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..