” Kami mencari wanita dan lelaki yang hendak kuruskan badan dengan mudah.. “

Terima Komen Promosi Produk Di Ruangan Instagramnya, Ini Respon Azhan Rani Yang Kelakar Habis. Haa, Kan Dah Mendapat !!

Nama Azhan Rani semakin popular sejak beliau membintangi drama bersiri Nur yang bersiaran di TV3 pada tahun 2018 dan 2019. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi yang turut dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.

Watak Azhan dalam drama tersebut sememangnya memberi kesan sehingga beliau masih digelar sebagai Ustaz Hamadi walaupun di luar drama tersebut. Azhan memulakan kerjaya awalnya dalam bidang seni sebagai pelakon teater pada tahun 1994.

Kerana bakat yang beliau miliki, beliau telah ditawarkan untuk membintangi drama TV. Penampilan televisyen pertamanya ialah pada tahun 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan.

Menerusi akaun Instagram, Azhan berkongsi gambarnya memakai topeng muka. Dengan kapsyen ‘ Kalau tak mampu tutup mulut org lain. Sekurang-kurangnya tutuplah mulut sendiri kerana pulut santan binasa. Selamatkan malam’.

Tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Azhan namun komen seorang netizen ini telah mencur1 tumpuan ramai sehinggakan Azhan memberi respon :

Rata-rata netizen terhibur dengan respon balas dari Azhan. Antara komen-komen mereka :

” Dah laa masuk xbagi salam.. pii promote kat silap org.. dpt habuan.. “

” Baik boss.. Mesti terkedu member tuh.. “

” Awak ni pon. Nak bisnes agak2 ler takyah heboh komen kt ig org lain.. “

” Hahaha.. winnn.. “

Kalau dilihat sememangnya banyak yang mempromosikan iklan produk masing-masing di ruangan komen Instagram terutamanya di laman Instagram artis-artis popular. Kadang-kadang tidak sesuai untuk kita membuat iklan di ruangan komen Instagram seseorang itu kerana seolah-olah kurang sopan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azhan Rani by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..