” Kami bertemu di ruang solat ini.. “

Tasha Shilla Dan Suami Kongsi Saat Pertemuan Mereka Di Masjid Wilayah. Wah Betul-Betul Lelaki Kiriman Tuhan Ni. Part Ditanya Tentang Anak, Reaksi Tasha Comel Sangat. Bahagia Sungguh !!

Tasha Shilla yang membuat kej0tan terhadap peminat dengan majlis pertunangannya Ahad lalu akhirnya sah menjadi isteri kepada Muhammad Atiq Idris. Hanya 5 hari ikatan pertunangan berlangsung, semalam tanggal 28 Februari menjadi hari penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah.

Umpama kisah cinta k1lat, siapa sangka pertemuan mereka yang singkat hanya 2 bulan akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. Majlis akad nikah yang dijalankan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada pagi semalam berjalan dengan cukup sempurna. Hanya dengan sekali lafaz, sahlah mereka menjadi suami isteri.

Senyuman gembira terukir di bibir kedua mempelai yang cantik bergaya di dalam busana berwarna putih itu. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak berusia 33 tahun seusia dengan suaminya Muhammad Atiq. Tasha merasakan jiwanya tenang bersama Atiq lantas menerima lamaran Atiq untuk menjadikannya sebagai isteri.

Menerusi akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video temuramah di mana Tasha menceritakan detik pertemuan bersama suaminya Atiq. Siapa sangka jodoh yang dikirimkan Allah untuk dirinya itu rupanya bertemu di masjid tempat mereka dinikahkan semalam. Hebatnya kuasa Allah mengatur.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Tasha itu. Antara komen-komen netizen :

” Sedap mata memandang.. “

” Suka dengar jawapan suami dia… Semoga kekal till jannah… “

” Muka orang baik-baik. Semoga boleh bimbing isteri untuk berhijab selepas ni.. “

” Jangan berhenti memimpin tangan isteri sehingga ke dalam jannatul firdausi.. “

” Allah pertemukan Tasha dengan orang yang betul-betul beriman. Tahniah buat Tasha dan suami.. “

” Muka suaminya baik-baik.. Alhamdulillah.. Tahniah tasha shilla.. “

” Good job tasha shilla .. InsyaAllah pilihan yang sangat tepat.. “

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh jauh mana pun pasti si dia akan muncul di depan mata. Alhamdulillah pilihan Tasha sangat sesuai dan Allah aturkan yang terbaik buat Tasha. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan Tasha berkekalan hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan, IG Tasha Shilla by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..