” Kali pertama tengok Neelofa chubby macam ni. Ibu mengandung paling comel.. ” – Netizen

Neelofa Kongsi Gambar Terbaru Bersama Suaminya, Haris Ismail Ketika Majlis Pernikahan Athisha Khan. Namun Kapsyen Lofa Mengundang Perhatian Peminat. Normal Lah Tu Mak Buyung, Takpe Comel Je !!

Usahawan dan jelitawan, Neelofa kini sedang menghitung hari untuk melahirkan zuriat sulungnya bersama Haris Ismail. Kata Neelofa pada sebuah portal baru-baru ini, dirinya bila-bila masa sahaja akan melahirkan anaknya.

Dengan dirinya yang sudah sar4t, Neelofa masih kekal aktif dan penampilannya di majlis pernikahan, Athisha Khan menjadi perhatian. Ada satu perkongsian yang menyaksikan Neelofa mengusap-usap perutnya ketika sedang berbual bersama ahli keluarga yang lain.

Meninjau entry di akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Neelofa bersama Haris di pintu gerbang menuju ke pelamin Athisha. Dengan kapsyen tertulis ‘ 18kgs of love and happiness ‘, ianya mencuit hati peminat.

Memang wanita hamil akan bertambah beratnya dan ada yang naik sehingga puluhan kilogram. Walaupun 18kg berat Neelofa naik, namun rupawan ini tetap nampak comel di mata peminat. Alahai comelnya mak buyung ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gambar-gambar ini telahpun mencatatkan hampir 380 ribu likes setakat ini. Wah dulu berdua pun sweet, sekarang lagi bertambah-tambah sweetnya pasangan ini. Antara komen-komen peminat :

” Sweet sangat both of you. Cantik Lofa walaupun bertambah 18 kilogram, kalau kita dah macam tong drum bergerak.. “

” Aaa cantiknya, beautiful mom to be. Ibu mengandung paling comel ni. Hashtag tu pun aduhai hahha.. so cute.. “

” Tetap cantik dan manis walaupun comel hehe. Kali pertama tengok Neelofa chubby macam ni. Ibu mengandung yang super cute.. “

” Hehe comel je caption, Lofa so cute. Semoga dipermudahkan urusan lofa untuk bersalin nanti dan dilancarkan segalanya.. “

” The caption is so adorable, cutiest woman. Comel dooh, dua-dua sama naik eh berat. Riz pun nampak chubby, pembawakan budak tu hehe.. “

” Aww tak sabar nak tengok NunHa junior, mesti comel macam umi dan abinya. Chubby pun tetap cantik Lofa ni. Macam gambar kahwin hari tu.. “

” Pak ustaz pun makin tembam, suka tengok pasangan yang comel ni. Dulu berdua, sekarang dah nak bertiga.. “

” Dulu jalan berdua, sekarang ada si kecil di dalam ikut feeling macam gambar kahwin dulu. Cute lah korang.. “

Countdown bermula sekarang, dan pastinya pasangan merpati sejoli ini juga tidak sabar menanti zuriat pengikat kasih mereka. Chubby tak apa Lofa, janji ibu dan anak dalam kandungan sihat. Apa pun, take care Lofa dan Haris.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa, IG Haris IsmailĀ 

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..