” Kalau sis ni dah gedeb0k jat0h, power lah Diana.. ” – Netizen

Video Aksi Diana Amir Bermain Ice Skating Raih Perhatian Peminat. Fuh Hebatlah Diana, Pakai Jubah Pun Tetap Lincah Meluncur. Dah Macam Elsa Versi Muslimah !!

Sudah lama pelakon Diana Amir menyepi daripada dunia seni namun perkembangan Diana dapat diikuti oleh peminat menerusi hantaran-hantarannya di akaun media sosial. Pada bulan Januari yang lalu, Diana memaklumkan dirinya telah pun mula berniqab.

Meninjau akaun Instagram Diana Amir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Diana bermain sukan ice skating. Dengan mengenakan jubah dan tudung labuh hitam, aksi Diana meluncur menarik perhatian ramai.

Siapa kata berimej muslimah tidak dapat melakukan aksi sukan sebegini. Bukan pakaian namun kepakaran seseorang itu yang menentukan cemerlang atau tidak aksinya. Lihat sahaja Diana, laju dan lincah sahaja meluncur ke sana dan ke sini.

Bukan mudah sukan luncur ini apatah lagi dengan memakai jubah labuh namun bak kata pepatah, alah b1sa tegal biasa. Hebat betul Diana sehinggakan peminat memuji kelincahannya ini. Kata peminat sudah seperti Elsa versi muslimah.

Jom tonton video di bawah :

Video oleh Diana ini telahpun merekodkan sebanyak 23 ribu tanda suka daripada peminat sejak ia dimuatnaik sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Kalau kita kain jubah tu dah terbel4h 2 hehe. Hebatlah hajjah seorang ni, lincah betul, kagum tengok Elsa versi muslimah ni.. “

” Sambil makan nampak nampak Nana berterbangan. cantik kot masyaAllah. sape kata pakai niqab tak boleh ber ice skating kan.. “

” MasyaAllah kak… dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk… walaupun tutup likup tapi nampak sangat indah di mata flowy kain tu main peranan.. “

” Hebatnya Diana, cantik macam butterfly berterbangan. Pakai jubah macam ini, pro sangat dia.. “

” Tengok pun seriau dah sis, hebatlah dengan jubahnya meluncur bak juara. Terornya, proud muslimah.. “

” Kalau sis ni dah gedebuk jat0h, powerlah Diana. Skating but still menut0p aurat. Nampak senang je Diana main.. “

” Nampak mcm flying. Smooth sangat. Paling best tutup aurat sempurna. u proof it pakai jubah pun blh buat, hebatlah.. “

Luncuran yang lancar dan Diana membuktikan berpakaian muslimah tertutup pun mampu beraksi. Diana pun nampak enjoy sahaja bermain dan kelihatan begitu selesa. Semoga Diana terus istiqomah dan terus menjadi inspirasi buat wanita muslimah di luar sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Diana Amir

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..