” Kak Mia ni pregnant makin cantik, berseri-seri betul.. ” – Netizen
Penampilan Terkini Mia Ahmad Yang Sedang Sarat Hamil Anak Ketiganya Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Tak Lama Baby Nak Keluar Ni. Besarnya Baby Bump, Macam Kembar Je. Comel Part Susah Sarung Cincin Tu. Jari Dah Kembang, Hehe !!
Pelakon wanita bernama Mia Ahmad ini sudah lama menyepi dari dunia lakonan. Sekalipun begitu, perkembangan isteri kepada pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi dapat diikuti menerusi akaun media sosial miliknya.
Meninjau akaun Instagram Mia Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mia sedang bersiap memakai hijabnya. Mia turut memaklumkan yang dirinya kini telahpun berada di fasa akhir kehamilan dan kini berada pada minggu ke 38.
Hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi Mia bakal melahirkan anak ketiganya ini. Untuk rekod, Mia telahpun dikurniakan dengan 2 orang anak sebelum ini iaitu Sayf Issa dan Iris. Pasti kelahiran yang ketiga ini dinanti-nantikan dan bakal memeriahkan lagi keluarga kecil Mia.
Melihat kepada penampilan Mia yang selesa bertudung labuh ini, Mia semakin berseri-seri dan terserlah keayuannya. Walaupun sudah sarat, Mia nampak bertenaga dan tidak lesu wajahnya. Kuat betullah mak buyung ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Mia ini telahpun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Preggy pun cantiklah Mia ni. You can do it Mia. Semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk Mia.. “
” Semoga dipermudahkan semua untuk Mia dan terus istiqomah. Take care Mia, comel je baby bump tu.. “
” Baby kembar ke, best lah. Wht is ur current weight mommy? mengandung muka tk naik tk sembap.. apa tips.. “
” Besarnya perut mak buyung ni, makin cantik dan berseri-serilah Mia. Suka tengok berseri-seri mia ni.. “
” Masya Allah. tak pernah tak cantik adik akk nie mia.ahm4d semoga segalanya dipermudahkan yea mia. Miss u anyway.. “
” Kak Mia ni pregnant makin cantik, berseri-seri betul. Baby gurl ke boy ni hehe. Mcmne la reaksi Iris dpt adek nnti.. makin bec0k kot mulut dia.. “
” Cantik sangat awak ni Mia. Jari dh gebu ae mia.ahm4d. Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin Mia.. Selamat, sihat mummy & baby.. “
Alhamdulillah Allah berikan Mia kesihatan yang baik ketika sedang sarat. Semoga segala urusan Mia untuk melahirkan nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terus sihat mommy dan baby yang di dalam kandungan Mia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mia Ahmad
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..