” Kak Abby adalah wanita yang terhebat di mata saya.. ” – Netizen

Video Keluarga Besar Norman Hakim Dan Abby Abadi Bersalam-Salaman Dan Bermaaf-Maafan Di Pagi Raya Buat Peminat Tersentuh. Semoga Ukhuwah Berkekalan Sampai Ke Jannah !!

Umum mengetahui Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga bersama Abby Abadi. Namun hubungan rumah tangga mereka tidak berpanjangan. Meskipun ikatan antara mereka tiada apa -apa lagi, kini mereka tetap bersahabat baik demi anak-anak mereka.

Sikap mereka berdua sering mendapat pujian ramai lebih-lebih lagi mereka sering berkongsi hal-hal keluarga mereka di laman media sosial. Bukan sahaja berbaik dengan Norman, Abby juga turut rapat dengan isteri Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza.

Apa-apa pun aktiviti yang diadakan, sudah pasti mereka turut bersama-sama. Paling menarik melihat anak-anak pasangan ini sangat akrab dan bagi sesiapa melihat pasti merasa seronok melihatnya . Hubungan ukhuwah antara Norman dan Abby ini patut dijadikan contoh oleh orang ramai.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram Norman Hakim, telah berkongsi satu video yang memaparkan keluarga Norman bersama keluarga Abby meraikan Hari Raya Aidil Fitri bersam-sama. Namun paling menyentuh hati menonton video tersebut yang turut merakamkan keluarga besar ini saling bersalaman dan bermaaf-maafan.

Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Video tersebut turut membuat ramai netizen menjadi terharu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Seronoknya tgk keluarga besar ni.. Sy doakan hubungan ni kekal hingga ke akhir hayat dunia akhirat.. “

” Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan kita yang baik2 sepanjang Ramadhan kali ini dan diampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu. Salam Aidilfitri.. “

” Ya Allah… Seronoknya keluarga cmni.. Semoga Allah pelihara ukhwah keluarga ini hingga ke jannah.. “

” Dgn sy2 rasa bahagia tgk family besar ni.. Seronok tgk… Cth family terbaek.. “

” Kak Abby adalah wanita yang terhebat di mata saya. Moga Allah kekalkan kebahagiaan kpd keluarga besar ini.. ” 

” Mulianya hati Abby. Hati ni rase sejuk je tgk fmly ni.. “

Bahagianya melihat keluarga besar ini meraikan hari lebaran pada kali ini. Memang terbaik. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga ikatan ukhuwah antara keluarga Norman dan keluarga Abby berkekalan hingga ke jannah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim, Abby Abadi

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..