” Jodoh pada usia 60 an, semoga kekal hingga ke jannah.. ” – Netizen

Pelakon Lan Zailan Akhiri Zaman Duda. Cantik Dan Manis Isterinya, Tahniah Diucapkan !!

Masihkah anda ingat dengan pelakon Lan Zailan yang dahulunya sering membintangi drama-drama di kaca televisyen? Dia mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 1980 an lagi dan masih lagi berlakon sehingga kini walaupun usianya sudah melebihi 60 tahun.

Walaupun sudah lama berada di dalam bidang seni, Lan banyak memegang watak-watak tambahan sahaja tetapi Lan mampu mendalami pelbagai watak yang diberikan. Semalam Lan Zailan telah berkahwin buat kali yang kedua bersama wanita pilihan hatinya setelah beberapa tahun hidup sendiri.

Meninjau ke akaun Instagram pelakon Zulkifli Ismail, beberapa gambar Lan ketika di majlis pernikahannya telah dikongsikan. Zulkifli antara rakan artis yang turut hadir di majlis tersebut. Untuk makluman, isteri pertama Lan telah men1ngg4l dunia pada 14 Julai 2016.

Perkongsian tersebut telah dihujani banyak ucapan tahniah buat pasangan mempelai ini yang memakai persalinan berwarna kelabu. Siapa sangka di usia 60 an masih lagi bertemu jodoh dan isteri Lan juga cantik dan manis orangnya. Tahniah diucapkan !

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Kebanyakan netizen juga turut mengucapkan tahniah dan mendoakan jodoh pasangan ini berkekalan. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah.. Semoga kekal hingga ke jannah.. sama padan. Selamat Pengantin Baru..

” Alhamdulillah… Tahniah… Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Baru saya tau ari ni nama dia lan zailan.. “

” Mcm lama x nampak pelakon Lan Zailan nie berlakon.. “

” Steady abg Lan … semoga bahagia till jannah… aamin.. “

” Jodoh pada usia 60 an. Rezeki dari Illahi. Alhamdulillah, tahniah pada pengantin baharu.. “

” Masa saya kecil, beliau sering berlakon menjadi pesilat dalam drama tv nasional. Legend! “

Nampaknya ramai peminat merindui lakonan Lan yang rasanya sudah lama tidak muncul di dalam drama-drama baharu. Kami di Oh Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Lan Zailan dan isteri. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke jannah. Selamat pengantin baru !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulkifli Ismail, Lan Zailan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..