” Iya saya sudah berpunya. Sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga.. ” – Mira Filzah

Video Akhirnya Mira Filzah Buka Mulut Mengaku Sudah Berpunya Dan Telah Dirisik. Alhamdulillah Moga Allah Permudahkan !!

Nama Mira Filzah cukup gemilang pada tahun lalu. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diperolehi oleh si cantik manis ini. Lakonannya bersama aktor Remy Ishak dan Ben Amir membuatkan Mira dikaitkan hubungan istimewa bersama hero gandingannya ini.

Namun itu sekadar gos1p semata-mata apabila Mira sendiri memberitahu bahawa dirinya dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka yang bukan dari kalangan orang seni. Teka teki peminat semakin terjawab apabila Mira dilihat bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir Astar di majlis resepsi pelakon Farah Nabillah Januari lalu.

Walaupun heb0h diperkatakan, namun Mira tetap membisu dan lebih suka perihal kerjayanya sahaja yang diberikan tumpuan. Baru-baru ini tular berita mengatakan Mira sudahpun disunting dan bakal berkahwin pada September nanti. Sekalipun diasak soalan, Mira hanya memberikan senyuman. Di hari ulangtahunnya 2 April lalu, Mira ada berkongsikan kek ulangtahunnya yang di tag nama Wan Emir Astar.

Menerusi akaun Instagram lilyrose.mf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan live antara Mira Filzah bersama Ustazah Asma’ Harun. Apa yang menariknya, ketika ustazah Asma’ bertanyakan tentang statusnya yang dikhabarkan sudah berpunya dan perancangan hubungan itu, Mira akhirnya bersuara dan mengakuinya !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen gembira dengan penjelasan Mira ini. Antara komen-komen netizen :

” Bila ustazah yang bertanya mesti kita akan jawab ye.. Nak kata tidak tak0t berboh0ng.. Ye lah bercakap dengan ustazah lah kata kan.. “

” Nak taknak terpaksa jawab jugak.. “

” May Allah ease everything to mira.. “

” Mira dah berpunya alhamdulillah.. “

” Ustazah tanya tak boleh lari tau. Semoga dipermudahkan urusan.. “

” Musn4hh harapan. Mira sudah berpunya.. “

Sekian lama berdiam, akhirnya terpancul juga dari mulut Mira sendiri tentang status dirinya yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Alhamdulillah sama-sama kita doakan semoga segala perancangan Mira dipermudahkan Allah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mira sentiasa dilindungi Allah dan diberi kesenangan untuk mendirikan masjid. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lilyrose.mf, Youtube Channel Maysa Qaisara by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..