” Ishh, macam nie nyanyi sambil duduk pun padu bak hang.. ” – Netizen

Video Zamani Menyanyikan Lagu Di Sebuah Majlis Raih Pujian Ramai. Terbaik Zamani, Tak Berubah Macam Suara Dalam Kaset, Memang P0wer Lah !!

Tiada yang berubah. Itulah yang dapat dikatakan apabila mendengar suara legenda ini. Masih kekal sama, gemersik dan merdu seperti dahulu ketika halwa telinga mula mendengar suara itu sekitar 1990-an begitu lah yang dapat digambarkan suara penyanyi terkenal, Zamani Slam.

Meninjau di akaun Instagram Zamani sendiri, telah berkongsi beberapa video yang memaparkan dia membuat persembahan di sebuah majlis berbuka puasa. Kedengaran dalam video itu, Zamani telah menyanyikan beberapa buah lagu yang pernah dipopularkannya.

Perkongsian video nyanyian Zamani tersebut telah menarik perhatian ramai peminat. Ramai yang menyatakan bahawa suara Zamani masih maintain seperti dahulu dan kedengaran seperti di dalam kaset.

Selain itu, keadaan fizikal Zamani juga buat yang melihat turut mendoakan agar penyanyi berbakat besar ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki. Hingga kini, perkongsian oleh Zamani itu telah ditonton ribuan tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video-video di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji suara Zamani dalam video. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Ishh, macam nie nyanyi sambil duduk pun padu bak hang. Legend, the one and only. Semoga Zamani terus sihat.. “

” Sentiasa mant4p persembahan. Semoga Abg Zamani diberi kesihatan yang baik dan terus kuat Aamiin.. “

” Sedapnya, tak berubah langsung suara dari muda. Tapi emm ris4u tgk keadaan Abg Zamani mcm tu, hope abg sihat2 kt sana.. “

” P0wer arrr, didoakan semoga Zamani terus diberikan kesihatan yang baik selalu untuk mencari rezeki, amin.. “

” Macam dengar dalam kaset dulu-dlu, masih tetap tak berubah. Moga Allah SWT memberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik sempurna, Aamiin Aamiin Ya Mujib.. “

” Semoga sihat2 legend. Ur voice like Pure gold 999.9 . Terima kasih Abg Zamani Slam pernah hiburkan zaman kanak2 sy.. “

” Kenangan betul lagu ni, smpai sekarang masih diminati ramai. Semoga Abg Zamani diberikan kesembuhan seperti sedia kala.. “

Terbaik lah Zamani, meskipun keadaannya sebegitu, dia masih menyampaikan lagunya dengan sempurna dan masih sedap didengar. Apa-apa pun, semoga Zamani diberikan kesihatan yang baik dan terus maju jaya dalam bidang nyanyian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zamani Slam

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..