” Ini effect ke atau memang beras tu jadi bentuk begitu. Power woi !! ” – Netizen

Video Ucapan Selamat Hari Raya Daripada Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Yang Begitu Kreatif Buat Ramai Yang Terpukau. Wow, Rare Sangat Ni. Ayda Siap Pakai Baju Melayu Lagi !!

Pengacara hLive iaitu Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir atau nama komersialnya Nabil Mahir semakin dikenali ramai sejak menjalin hubungan cinta dengan Ayda Jebat. Nabil memulakan kerjayanya dalam industri seni dengan menjayakan beberapa iklan komersial.

Namun namanya pada awalnya menjadi sebutan selepas menjadi pengacara rancangan hLive di Astro Ria. Beliau kini sudah bergelar tunang kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Pasangan ini bertunang pada 28 April 2020, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabil yang ke-32.

Apa yang menarik ialah majlis pertunangan mereka dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet kerana pandem1k C0v1d-19 yang menular di seluruh dunia sekarang. Menurut Ayda, beliau juga sudah bersedia untuk menjadi isteri.

Menerusi akaun Instagram, Nabil memuat naik video ucapan Selamat Hari Raya daripada keluarganya termasuk Ayda Jebat. Apa yang menarik ialah mereka menggunakan beras dan membentuk perkataan apabila dilambung. Memang betul-betul kreatif sangat !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata peminat begitu kagum dengan persembahan mereka memberi ucapan. Antara komen-komen mereka :

” Ini effect ke atau memang beras tu jadi bentuk begitu. P0wer woi !! “

” Creative!.. “

” X sepah ke lantai HAHAHA.. “

” Haha that’s super cool.. “

” Kalau aku guna beras mak aku ! Confirm mak aku halau aku. ksih abis beras aku je kau ni.. “

” Uish.. style wei.. “

Wah, memang sangat rare ni. Bukan mudah untuk menyusun beras dan membentuk huruf  dan perkataan apabila dilambung. Namun penampilan Ayda Jebat berbaju melayu pun unik sangat ni. Kami di Oh Kopak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Nabil Mahir dan Ayda Jebat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabil Mahir

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..