” Ini bukan simple, ini fabulous sangat dah ni. Hebat impian seorang ayah.. ” – Netizen

Kongsi Video Selesai Renovation Rumah Lamanya, Impian Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Ingin Memiliki 6 Biji Rumah Untuk Hadiahkan Kepada Anak-Anak Raih Pujian Ramai. Wow Cantiknya, Terbaik Lah Doktor !!

Bagi yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar di Instagram pasti tahu bahawa Dr Sheikh Muszaphar ini seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu kepada pengikut-pengikutnya. Malah pertanyaan netizen di ruangan komen, satu persatu akan dijawabnya.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar ada memuat naik satu video yang memaparkan ruangan dalam kondonya yang baru sahaja siap diubah suai. Kongsi Dr Sheikh Muszaphar, kondo itu dibelinya pada tahun 1997 dimana ketika itu dia baru mula berkerja.

Paling menarik, kondo tersebut telah selesai loannya pada tahun 2017 dan dilakukan pengubahsuaian. Selain itu, pada kapsyen, Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsi impiannya untuk memiliki 5 buah rumah lagi untuk diberikan kepada kesemua anak-anaknya.

Perkongsian video oleh Dr Sheikh Muszaphar telah mencur1 perhatian warga maya. Ada yang memuji ruang rumah Dr Sheikh Muszaphar kelihatan cantik dan serba mewah setelah diubah suai meskipun ruangan rumah tersebut kecil.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang suka dan bersetuju dengan impian Dr Sheikh Muszaphar untuk anak-anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ok. Sekarang saya rasa misi saya betul. I’ve prepared 3 houses for my 3 kids already. Alhamdulillah. Now saving up for house no 4 (retirement house).. “

” Hebat impian seorang ayah. Sama macam ayah saya. Tak apa diri dia susah, asalkan masa depan anak anak senang. Semoga impian Dr tercapai nanti.. “

” Semoga dipermudahkan urusan Dr Sheikh dan Dr halina untuk impian 1 rumah 1 anak. Cantik lah lepas renovation..  “

” Ini bukan simple, ini fabulous sangat dah ni. Hebat impian seorang ayah. Tapi Dr kalau tambah anak lagi, bukan 6 biji dah, haha.. “

” Semoga Allah swt makbulkan hajat kalian, percaya yakin tiada Yang mustahil. Niat seorang ayah yang baik.. “

” Hahahaha pengs4n, tapi memang terbaik lah plan Dr tu. Sekurang2nya nanti mereka dah ada rumah, nanti mesti lagi mahal rumah kan.. “

” Bukan 10 kids ke dr, so 9 rumah lagi la, haha. Untung anak-anak dapat ayah baik macam ni, semoga hajat dr akan tertunai.. “

Jelas terlihat kasih sayang seorang ayah buat anak-anaknya. Hanya fikirkan keselesaan untuk anak-anak di masa hadapan. Apa-apa pun, memang cantik Kondo Dr Sheikh Muszaphar ni, semoga impian Dr Sheikh Muszaphar untuk memiliki 5 buah rumah lagi akan tercapai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..