” Ingat Munni Bajrangi Bhaijaan tadi, sejuk tengok Aaisyah pakai macam ni.. ” – Netizen

Kongsi Ucapan Sempena Ramadhan, Wajah Aaisyah Dhia Rana Raih Perhatian Peminat. Macam Shahida Bajrangi Bhaijaan, Seiras Sangat !!

Keluarga selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin antara yang sering mencur1 perhatian peminat. Setiap kali ada majlis istimewa mahupun menyambut perayaan, pastinya ada sahaja gambar mereka sekeluarga yang dikongsikan.

Meninjau akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana, telah dikongsikan sekeping gambar Aaisyah dengan ucapan salam Ramadhan 2021 untuk semua pengikutnya. Aaisyah yang mengenakan jubah putih ini turut mengenakan tudung berwarna yang sama.

Nampak semakin comel Aaisyah apabila berhijab sebegini. Melihat wajahnya itu, ramai peminat yang menyangkakan itu adalah pelakon kanak-kanak filem terkenal Bajrangi Bhaijaan, Harshaali yang memegang watak Shahida atau Munni.

Ini bukanlah kali pertama wajah Aaisyah disamakan dengan wajah Munni. Setiap kali Aaisyah berhijab, pasti namanya akan dikaitkan dengan watak Munni ini. Dengan kulitnya yang putih dan hidung yang mancung, wajah mereka nampak seperti pelanduk dua serupa.

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan Aaisyah ini mendapat tumpuan peminat dan ramai yang memuji kecantikkan wajah Aaisyah seperti Munni. Antara komen-komen peminat :

” Comel sungguh anak dar4 Che Ta ni. Ingat Munni Bajrangi Bhaijaan tadi, sejuk betul tengok Aaisyah pakai macam ni. Ger4m tau comel sangat.. “

” Cantiknya Aaisyah sebijik macam Munni, bud4k yang berlakon dengan Salman Khan tu. Eee kecik kecik dah cantik Aaisyah ni.. “

” Cantiknya Ecah, salam Ramadhan juga Ecah. Comel sangat sangat bila pakai tudung tu, love sangat tengok Aaisyah.. “

” Munni.. Subhana Allah comelnya Aaisyah, salam Ramadhan juga. Aaisyah puasa tau hehe. Sebijik macam Munni yang berlakon dalam Bajrangi Bhaijaan.. “

” Cantiknya Aaisyah, salam Ramadhan juga untuk Aaisyah yang cantik rupawan. Muka dengan gaya pakai tudung tu sama muka Munni sangat.. “

” Masya Allah sungguh cantik Aaisyah berhijab. Selamat berpuasa Aaisyah, Aaisyah puasa ke tak tu sayang hehe.. “

” Amboi si cantik manis ni, sayang sayang. Comel sokmo dia, makin lama makin lawa. Kembar Munni, semua orang pun cakap macam tu. Cantik.. “

Memang nampak cute Aaisyah dalam fesyen berjubah seperti ini. Wajah dan senyuman manis Aaisyah itu sama macam mommynya juga. Munni versi Malaysia. Semoga Aaisyah menjalani ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh dan ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..