” Ibu tunaikan apa yang ayah pernah pesan.. ” – Hidayah Abam

Hidayah Dedah Hajat Arw4h Abam Yang Tidak Kesampaian Buat Anaknya Syed Uthman Hamzah. Alhamdulillah Akhirnya Tertunai Hajat Arw4h !! 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tidak sedar sudah 4 bulan arw4h Abam meningg4lkan semua. Pemergi4nnya dirasai tidak hanya ahli keluarga dan sahabat handai malahan seluruh peminat tanahair. Lagi sayu apabila melihat wajah anaknya Syed Uthman Hamzah yang masih bayi.

Semalam sudah dikongsikan oleh Hidayah sambutan ulangtahun pertama Hamzah yang diraikan dengan meriah bersama keluarga tersayang. Bertemankan bantal yang bercetak wajah Abam, Hamzah tetap ceria dan gembira menyambut hari istimewanya itu.

Memandangkan ketika hayatnya arw4h Abam pernah memberitahu kepada isterinya Hidayah tentang hajatnya untuk menghadiahkan Hamzah sebuah kereta mainan elektrik, Hidayah berusaha menunaikan hajat arw4h ini. Hidayah memberikan Hamzah sebuah kereta mainan elektrik dihiasi gambar Abam bersama.

Menerusi akaun Instagram, Hidayah telah berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan hadiah hari jadi Hamzah. Hidayah turut menceritakan mengenai hasrat arw4h Abam yang tidak kesampaian untuk memberi Hamzah hadiah kereta mainan apabila usianya 1 tahun.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Hepy besday hamzah.. Semoga hamzah menjadi anak soleh.. Sihat sllu.. “

” Happy 1st birthday Hamzah.. Semoga terus sihat, cergas dan jadi anak yg soleh.. “

” Boleh hamzah bawak ibu jalan pergi kub0r ayah… “

” Happy bzday hmzah hencem.. mga jd ank soleh d mata ibu.. “

” Hb hamzah.. Semoga dberikan kesihatan y baik n mjadi ank y baik buat ibu ye bjya dunia akhir4t.. “

” Semoga hamzah, membesar dengan sihat ya… “

” Sonoknye dia dpt kete pulis. HAPPY BIRTHDAY Hamzah. Moga sihat selalu dan jd anak yg soleh ye.. “

” Sayu… Moga kak dayah dan hamzah selalu kuat dan terus bahagia.. “

Alhamdulillah walaupun arw4h Abam sudah tiada, hajatnya ini ditunaikan Hidayah untuk Hamzah tersayang. Pasti Hamzah akan gembira dan berseronok bermain nanti. Apa pun, semoga Hamzah membesar dengan sihat dan sempurna di samping ibu tersayang serta dilindungi Allah sentiasa. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hidayah Abam

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..