” Humble betul life Bellaz dan suami walaupun dah kaya raya.. ” – Netizen

Video MUA Bellaz Dan Anak-Anak Menemani Suaminya Menyulam Padi Di Sawah Raih Pujian Warganet. Berkain Batik Dan Berbaju Kedah Pun Tetap Maintain Cantik Bellaz Ni. Anak-Anak Pun Semua Happy !!

MUA Bellaz, antara jurusolek yang dikenali ramai. Bakat yang dimilikinya membuatkan Bellaz sekarang antara usahawan kosmetik yang berjaya. Bahkan Bellaz juga turut mempunyai ramai peminat sekarang.

Meninjau di akaun Instagram, Bellaz telah berkongsi video yang memaparkan sedang menemani suaminya, Anuar ke sawah padi. Tulis Bellaz, pada hari tersebut, Anuar melakukan aktiviti menyulam padi (menanam semula anak padi pada mana-mana bahagian sawah yang tidak tumbuh).

Anak-anak Bellaz semuanya turut serta menemani ayah mereka dan kelihatan Bellaz telah menyediakan juadah makan petang duduk di tempat berehat di tepi sawah. Perkongsian itu telah menarik perhatian para peminat Bellaz.

Ramai yang menyukai kehidupan sederhana Bellaz sekeluarga meskipun kini Bellaz telah pun bergelar seorang jutawan. Ramai juga yang menyukai pemandangan sekitar sawah padi. Sehingga kini, posting Bellaz telah menerima lebih 30 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video yang dikongsikan oleh Bellaz dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Humble betul life Bellaz dan suami walaupun dah kaya raya. MasyaAllah cantik betul suasan kawasan rumah Bellaz.. “

Syoknya tengok, rasa tumpang nyaman sekali tengok video ni, view dia cantiknya Bellaz. Smoga murah rezeki Bellaz sekeluarga.. “

” Wah sweet betul Bellaz teman Mat Nuat p sulam padi oooo. Cantik Bellaz pakai baju kedah dgn kain batik.. “

” Anak2 pun happy betul lah dapat p bendang, hak abang tu belemoih terus noh main selut bendang, hahaha anak jantan betul.. “

” Tgok bideo kak Bella teringat arw4h tok dan toki bel4h ayah, pesawah padi juga. Kami suka terjun dlm bendang tu cari ikan dan belut tp tk suka makan.. “

” Jarang dah org nak sulam padi skrg ni, diaorg skrg main tabur je. Hidup lah kau berhimp1t himp1t situ, pe pon, menarik.. “

” Suka tengok life Bella, kaya kot dah jadi jutawan. Tapi masih memilih untuk hidup dalam keadaan serba sederhana, terbaik lah.. “

Cantiknya suasana, memang nampak mendamaikan betul. Bagi yang mengikuti Bellaz pasti mengetahui Bellaz sering berkongsi video sedang beristirehat di tepi rumahnya yang indah memaparkan suasana sawah padi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muabellaz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..