” Huhhhh.. Macam fesyen orang Russia. Muka pun iras Russia.. “

Sharnaaz Ahmad Kongsi Gambar Terkini Dengan Fesyen Stylo. Amboii..  Handsomenya. Habis Lah Orang lain Tak Boleh Cari Makan !!

Makin hari, makin kacak pula tengok artis lelaki sorang ini. Sekarang dah pandai jaga badan, siapa tak kenal, Sharnaaz Ahmad yang pernah menjadi pujaan ramai, gara-gara lakonan beliau sebagai Jebat dalam drama bersiri Bukan Kerana Ku Tak Cinta bergandingan bersama Nelydia Senrose.

Perjalanan beliau dalam dunia lakonan bermula pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin. Pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius dalam telefilem Ungunya Cinta.

Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada tahun 2017 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini telah berusia 2 tahun.

Menerusi perkongsian terbaru, Sharnaaz Ahmad telah berkongsi gambar terkini beliau di akaun Instagram miliknya. Sharnaaz yang kelihatan begitu kacak dengan mengenakan pakaian yang telah ditaja oleh butik Zara itu telah mendapat perhatian daripada netizen.

Ikuti perkongsian Sharnaaz di bawah :

Rata-rata netizen telah memuji Sharnaaz. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Bila tgk kurus dgn rambut pendek cm ni teringat kat Drama Suamiku En Sotong. Hahaha.. Niceee boss.. “

” Segak menyerit aiihh Sharnaazahmad.. “

” Stylo habis brader Sharnaaz.. “

” Sharnaazahmad wow smart bro.. “

” Rileks bang ku Sharnaazahmad .. Hensem aihh bang … Kasi bakaq line skit.. ” 

” Hensem bro.. Steady Jebat.. Haha.. Slalu nampak abg kat solaris cam baru balik drpd gym.. “

” Huhhhh.. Macam fesyen orang Russia.. Muka pun iras Russia.. “

Woww.. Handsome betul Sharnaaz sekarang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Sharnaaz sentiasa berjaya dalam bidang lakonan kerana Sharnaaz mempunyai bakat dan aura tersendiri dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..