” Helokkk.. Lawa sungguh.. “

Gambar Pengasuh Kesayangan Aafiyah Dan Dato’ Siti Nurhaliza, Dayah Zubit Dengan Make Up Yang Cantik Menawan Buat Ramai Terpesona. Wah Macam Supermodel Lah Kakak !!

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza pastinya semua mengenali beliau. Memiliki seorang cahayamata diberi nama Aafiyah, Tokti yang sentiasa sibuk dengan jemputan dan urusan perniagaannya telah mengambil seorang pengasuh untuk menjaga Aafiyah.

Gadis cantik bernama Dayah Zubit mula menjadi perhatian ketika majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aafiyah yang pertama. Dayah yang merupakan nurse bertauliah mendapat pengiktirafan daripada Kolej Pembantu Perubatan. Tokti sendiri melakukan sesi temuduga bersamanya ketika memohon untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pengasuh Aafiyah.

Kredibiliti, sikap dan perwatakannya yang lembut dan sopan itu berjaya menamb4t hati Tokti dan Dayah terpilih untuk menjadi pendamping Aafiyah. Dayah yang sukakan anak kecil dilihat sangat sempurna menjaga Aafiyah. Lihat sahaja perkembangan Aafiyah yang semakin hari semakin cerdik hasil jagaannya.

Menerusi akaun Instagram, Dayah Zubit telah berkongsikan beberapa keping gambarnya yang cantik dirias. Solekan yang simple itu nampak kemas dan sangat menarik sekali hinggakan membuat wajah ayu Dayah menjadi semakin cantik dan berseri-seri. Mesti Aafiyah suka tengok kakak makeup macam ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji penampilan Dayah ini. Antara komen-komen netizen :

” Helokkk.. Lawa sungguh.. “

” Masya Allah cantiknyaaaaa.. “

” Lawa gilaaaaa.. “

” Uihh lawa nau. Test makeup kawin ker ni.. “

” Cantik sangat.. Sweet-sweet je.. “

” Weh lawanya hang.. “

Cantiknya tengok Dayah ni. Dah macam adik Tokti pula sekali pandang. Dengan makeup ataupun tanpa makeup memang Dayah ni cantik semulajadi. Lembut gitu wajahnya. Patutla Aafiyah pun sopan ada pengasuh baik sangat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dayah sentiasa berbahagia bersama insan tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Zubit by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..