” Hebatnya nukilan doa seorang ibu.. ” – Netizen

Ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran Daripada Datin Noor Kartini Untuk Puterinya, Neelofa Raih Tumpuan Peminat. Indahnya Bait-Bait Doa Seorang Ibu, Semoga Bahagia Selalu Lofa !!

Nama Neelofa cukup gah dan tersohor di kalangan peminat. Keperibadiannya dan imej yang dibawa Neelofa kini semakin membuatkan dirinya menjadi inspirasi ramai. Pengasas dan pemilik perniagaan Naelofar ini juga seorang yang kental semangat dan ada wawasannya tersendiri.

Meninjau akaun Instagram Datin Noor Kartini, telah dikongsikan satu posting istimewa untuk Neelofa. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Neelofa yang ke 32 tahun. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan anak yang baik ini, Datin Kartini turut mendoakan agar puterinya ini diberikan kesihatan dan umur yang panjang.

Lumrah bagi seorang ibu, kebahagiaan anak adalah perkara utama yang difikirkan. Menyaksikan sendiri jat0h bangun anaknya ini, Datin Kartini turut memohon kepada Yang Esa agar segala cita-cita dan doa Neelofa dimakbulkan Allah.

Memang cukup indah sekali doa tulus seorang ibu dan pastinya kejayaan Neelofa juga atas redha ibunya ini. Neelofa yang umum diketahui bakal mengakh1ri zaman bujangnya ini bersama Haris Ismail dan peminat menantikan pengumuman rasmi daripada Neelofa tentang hari bersejarahnya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Ungkapan doa Datin Kartini ini meraih perhatian dan peminat turut mengucapkan selamat ulangtahun buat Neelofa. Antara komen-komen mereka :

” Sejuk perutku melahirkan dirinya. ahahah ingatkan adee ayat tuh sekali takde ahaha , happy birthday love.. “

” Amiin.. hebat doa seorg ibu untuk anak yg hebat.. Beautiful doa from a lovely mom. Sanah Helwah kak lofa.. “

” Aamin doa ibunya. Happy Birthday Neelofa, semoga panjang umur, sehat dan sukses selalu. Aamiin yra.. “

” Love to read the wishes from mother to her daughter sgt hebat. moga keluarga datin sentiasa dlm lindungan Allah SWT.. ameen.. “

” Happy Birthday The Darling of Malaysia, MasyaAllah.. Hebatnya nukilan Doa seorang ibu.. moga doanya seorang ibu diangkat oleh-Nya.. “

” Nice doa aunty, saya suka baca doa2 puan. Happy birthday Neelofa, semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt dan dipermudahkan segala urusan.. “

” Masya Allah, Tabbarakkallah, bahagianya dapat ucapan seperti ini dari seorang ibu. Selamat hari lahir Neelofa.. “

” Alhamdulillah. Ibu yang terbaik melahirkan anak-anak yang baik. Tahniah Datin dan HB utk puteri kesayangan Malaysia neelofa.. “

” Aamiin begitu lh harapan n doa ibu pd setiap ank2nye.. hanya Allah yg tahu ape yg terbaik utk ank2 nye. sye tersentuh dgn kata2 puan.. “

Pastinya Allah akan mendengar doa seorang ibu ini. Walau apa jua yang mendatang, Datin Kartini berpesan bahawa Allah sentiasa ada bersama. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk Neelofa dan semoga Neelofa sentiasa berjaya dalam kerjaya dan dikurniakan Allah kebahagiaan yang berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Noor Kartini Noor Mohamed, Neelofa

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..