” Hari-hari post gambar makanan, kalau bagi orang Asnaf makan takpe jugak.. ” – Netizen

Gara-Gara Sering Berkongsi Video Masakan, Mawar Karim Dikec4m Seorang Netizen. Ini Respon Mawar Yang Makan Dalam, Haaa.. Sentap Tak Dik Non !!

Diberi nama Mawar Abdul Karim, beliau mempunyai nama dan pengikutnya yang tersendiri. Mawar yang merupakan anak kepada usahawan tudung terkenal Fareeda sememangnya amat disenangi ramai. Sikapnya yang peramah dan sentiasa mengukir senyuman manis membuatkan wajahnya tidak puas dipandang.

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar ini mempunyai seorang cahayamata perempuan bernama Wan Maryam. Maryam yang amat menggemari masakan utara terutamanya nasi kandar selalu membuatkan ramai terhibur dengan gelagat dan keletahnya.

Memandangkan seluruh negara dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan, Mawar mengambil inisiatif untuk berkongsikan video masakannya di akaun sosial miliknya sebagai mengisi ruang waktu. Cara Mawar memasak yang nampak simple membuatkan pengikutnya di Instagram mendapat idea apa yang hendak dimasak sehari-hari.

Menerusi akaun Instagram, Mawar telah berkongsikan satu video yang memaparkan beliau menunjukkan cara memasak mee kari dengan caranya yang tersendiri. Gaya Mawar yang kekal cantik walaupun di rumah jadi tumpuan. Apatah lagi melihat hasil akhir masakannya itu buat ramai yang menelan air liur. Nampak sedap sangat !

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video.. )Β 

Namun ada juga yang kurang senang dengan perkongsian Mawar ini dan meningg4lkan komen yang kurang enak dibaca. Mawar sendiri turut memberi respon terhadap komen netizen ini dan jawapan balas Mawar boleh buat si dia pan4s telinga membacanya.

Rata-rata netizen turut berdukacita dengan komen netizen ini. Antara komen-komen mereka :

” Something wr0ng komen awak nii.. “

” Abaikan statement orang ada masal4h jiw4.. “

” Siapa kita nak cakap pasal amalan orang. Jangan lah sibuk cari kesalahan orang. Diri kita sendiri pun belum tentu sempurna lagi.. “

” Hati bus0k tu jangan tunjukkan sangat dik… Cover sikit.. “

” Dia tak perlu nak tunjuk-tunjuk dia ada derma ke takde ke. Dia tak kac4u orang.. “

” Dunia dah ujung zaman dah, Allah dah beri peringatan untk umatnya.. Baik kau sibuk perbaiki diri, dari kau sibuk mencari kesalahan orang lain.. Renungkan la.. “

Alahai kongsi masakan pun jadi isu. Sampai mengaitkan hal yang sepatutnya, agak kurang sopan untuk dikomen secara terbuka. Bersabarlah Mawar dengan sikap segelintir netizen yang sebegini. Hanya Allah yang lebih tahu. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mawar sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Karim by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..