“ Happy Birthday Nana. Makin bertambah usia makin cantik ya.. ” – Netizen

Siti Nordiana Kongsi Gambar Dan Video Sambutan Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahirannya Yang Ke 36 Dengan Diiringi Bacaan Doa Seorang Ustaz. Kek Pun Comel Je !!

Siti Nordiana atau lebih mesra dikenali sebagai Nana sememangnya seorang selebriti Malaysia yang sangat humble dan wanita yang lem4h lembut orangnya. Suaranya yang merdu menyanyikan pelbagai lagu sentiasa membuatkan peminat tertarik dan suka untuk mendengarnya.

Terbaru, satu perkongsian video dan beberapa gambar sekitar sambutan hari lahir Nana telah dimuatnaik di akaun Instagramnya. Sambutan hari lahir Nana nampak simple tetapi meriah bertemakan warna biru dengan hiasan bunga, belon serta huruf birthday yang menarik.

Pastinya ingin Nana kongsikan buat peminat dan rakan-rakannya yang lain sempena dirinya officially sudah mencapai usia 36 tahun. Bertambah menarik lagi apabila dekorasi dua biji kek birthday Nana yang comel itu menjadi tumpuan peminat.

Malah, sambutan tersebut diiringi dengan bacaan doa dan kata kata kebaikan buat Nana oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Shahrizan dalam video itu. Pastinya Nana berasa gembira menikmati detik indah yang diraikan khas untuk dirinya.

Jom kita ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Nana juga memuatnaik satu video sambutan suasana hari lahirnya untuk peminat.

Jom kita tonton video di bawah :

Posting Nana mendapat banyak likes dan videonya itu mendapat ribuan views. Bukan itu sahaja, Nana juga menerima banyak ucapan hari lahir dan doa-doa kebaikan untuk dirinya yang diterima daripada peminat dan rakan-rakan artis yang lain. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Selamat harilahir Nana.. Sanah Helwah Nana.. moga sukses dunia akhirat.. Aamiin.. Happy birthday Nana semoga panjang umur dimurahkan rezeki.. Kalau tidak sudah berhari jadi dah kita kan.. ”

“ Alololo comel nya cake tu.. Cake diving.. Hehehe once again, happy birthday Kak Nana sayang.. Aloo.. comelnya sambutan birthday.. Happy birthday kesayangan kami.. ”

“ Happy birthday mader sayang.. Semoga dikurniakan kebaikan yg berpanjangan.. Comey kek diving.. Wahhhh..  sedapnya kek.. btw happy birthday sayanggg.. We love u tau.. ”

“ Lama tunggu kak nana post gambar baru sebab kite nak wish.. Finally Sannah Helwa kak nana, may Allah swt bless you everything whatever you doing.. ”

“ Barakallah fii Umriki, sanah helwah.. Allahumma aamiin.. Sebak rasa.. May Allah always protect you n shower you with His endless blessing.. Sweet je bday girl ni.. ”

“ Happy Birthday Nana.. Stay cute.. makin bertambah usia makin cantiiik aja ya.. moga dipermudahkan dan dikabulkan segala hajat.. I love you so muuuch.. ”

“Wow cantiknya dia.. cutenyaa kek diving tuu.. Happy bufday nana sayang.. I alwayz minat dan syg nana, dulu kini dan selamanya.. All the best untuk kerjaya nana & semua projek yang dah dirancang.. ”

Alahai, manis sungguh birthday girl ni. Pastinya Nana sangat menghargai sambutan ini dan bersyukur kerana peminatnya yang sentiasa support dirinya dan kerjayanya sebagai anak seni. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran untuk Nana dan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta sukses selalu dalam apa jua yang dilakukan.

Silakan SHARE..

Sumber: IG sitinordiana

Artikel ini disediakan oleh Oh Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..