” Happy Birthday my love my life my queen Rozita Che Wan. I doakan.. “
Ucapan Selamat Ulangtaun Zain Saidin Buat Isterinya Rozita Che Wan Jadi Tumpuan. Lain Macam Je Wish Ni. Sweet Betul Zain !!
Siapa tidak mengenali pasangan romantis Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Melangsungkan perkahwinan mereka pada 13 Disember 2013, pasangan ini menjadi tumpuan ramai kerana perbezaan umur antara mereka. Namun itu bukanlah ukuran kerana pasangan ini antara selebriti yang tidak pernah dilanda gos1p dan rumahtangga mereka sentiasa bahagia.
Telahpun dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel bernama Aaisyah Dhia Rana, kelahiran Aaisyah menambah lagi kebahagiaan pasangan ini. Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta dilahirkan pada 9 Mar 1974 di Alor Setar Kedah.
Che Ta merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik dan beliau merupakan kakak kepada pelakon Ayu Raudhah. Peminat yang sering mengekori rapat perkembangan Che Ta turut merasa gembira dengan kebahagiaan Che Ta dan Zain yang selalu bersemut itu.
Menerusi akaun Instagram, Zain Saidin telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama Che Ta dengan ucapan ulangtahun kelahiran buat isteri kesayangannya itu. Doanya untuk Che Ta terlihat sangat ikhlas walaupun jarang orang yang memberi ucapan seperti ini. Lagi-lagi buat isteri.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan ulangtahun buat Che Ta. Antara komen-komen netizen :
” Happy birthday semoga bahagia.. “
” Selamat Hari Lahir buat Che Ta.. Semoga panjang umur di murahkan rezeki selalu… Moga bahagia selamanya Hingga Ke Jannah.. “
” Happy besday cikta.. “
” Mudahan-mudahan zain dan che ta bahagia bercinta till jannah.. Aamiin. Jadilah bidadari syurga selamanya untuknya.. “
” Happy birthday kak. God bless you always. Semoga akak selalu dibawah rahmat allah dan bahagia dunia akhirat bersama yang tersayang.. “
” Happy birthday rozita che wan …. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki….. Aamiin.. “
” Barakallahfiiumrik akak rozita che wan doa terbaik, sehat, sukses berjaya selalu aamiin.. “
Namun ada yang bertanya tentang ucapan Zain itu dan mendapat respon dari Che Ta sendiri. Comel je Che Ta ni jawab. Sempat lagi berjenaka.
Sweet je ucapan ulangtahun Zain buat Che Ta ni. Jarang sekali suami mendoakan isterinya seperti ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Che Ta dan semoga Che Ta sentiasa diberikan umur yang panjang serta rezeki yang tak put0s-put0s. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zain Saidin by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..