“ Happy birthday kesayangan papa dan mama, Kashfi Haiqal.. ” – Netizen

Diana Rafar Kongsi Video Dan Gambar Sambut Hari Lahir Putera Sulungnya, Kashfi Haiqal Raih Perhatian Netizen. Alahai Comel-Comel Semua Anak Diana Dan Zamarul Hisham !!

Siapa yang tidak mengenali Adiana Abdul Rafar atau lebih dikenali sebagai Diana Rafar, seorang selebriti Malaysia yang cantik dan merupakan adik kepada Linda Rafar. Memilih Zamarul Hisham sebagai pasangan hidupnya dan kini dikurniakan tiga cahaya mata yang comel, iaitu Kashfi Haiqal Zamarul, Kayla Reysha Zamarul dan Kayden Haiqal Zamarul.

Menerusi akaun Instagram Diana, satu perkongsian video dan beberapa gambar sambutan hari lahir putera sulungnya, Kashfi Haikal meraih perhatian peminat. Sambutan hari lahir Kashfi itu dilihat sederhana tetapi meriah diraikan bersama ahli keluarganya di rumah sempena usia kelahirannya yang mencapai 10 tahun.

Apa yang lebih menarik, sambutan hari lahir Kashfi itu dihiasi belon-belon berwarna putih dan kuning, huruf-huruf di dinding dan pelbagai juadah seperti kek dan pencuci mulut yang menyelerakan di atas meja. Malah, Diana dan ahli keluarganya memeriahkan lagi suasana sambutan dengan menyanyikan lagu hari lahir serta iringan selawat untuk Kashfi.

Kelihatan Kashfi begitu gembira apabila meraikan hari lahirnya bersama keluarga tercinta. Turut kelihatan Linda Rafar bersama suaminya, Syed Aiman dan anak-anaknya dalam video yang dikongsikan itu. Pastinya lebih meriah apabila insan yang rapat turut serta meraikan bersama.

Jom kita tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )

Diana juga memuatnaik beberapa gambar Kashfi sedang mem0tong kek hari lahirnya.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Kapsyen Diana yang mendoakan baik-baik untuk Kashfi mendapat tanda suka daripada orang ramai. Rata-rata pengikutnya turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan untuk Kashfi. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Happy birthday kash.. Semoga menjadi anak yg soleh penyejuk mata mama dan papa.. Aamiin.. Happy birthday kash.. May god bless u.. ”

“ Happy birthday kash.. Semoga dipelihara dan menjadi anak jambatan syurga.. Amin.. Happy birthday.. Adik.. Happy birthday abg.. Baby tu usha mama pel1k je tauuu.. ”

“ Aamiin ya Rabb.. Happy birthday sayang.. Sannah helwah kash.. Semoga panjang umur dalam keberkatanNya.. ”

“ Happy birthday ensem.. Semoga membesar mnjadi insan yg berguna di dunia dan di akhirat.. Aamiinn yaraballalaminn.. ”

“ Happy birthday kesayangan papa dan mama.. Kashfi haiqal.. Smoga menjadi anak yg baik dan bijak pandai.. Aamiin.. ”

“ Happy birthday handsome boy kash.. Semoga menjadi ank yg soleh seperti apa yg papa mama nak ok.. Dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat.. Aamiin.. ”

“ Salam.. Happy birthday dik.. Semoga jdi ank yg baik soleh n ceriakan around family adik and semua.. Moga jd anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.. ”

Pastinya Diana dan Zamarul begitu teruja merancang dan mahu memberikan surprise kepada Kashfi sebagai tanda ingatan kenangan bersama. Semoga Diana, Zamarul dan keluarga sentiasa sihat dan Kashfi membesar menjadi anak yang soleh buat kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber: IG dianarafar

Artikel ini disediakan oleh Oh Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..