” Happy birthday Che Ta g0rgeous. Sentiasa ceria, sweet and beautiful.. “

Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Rozita Che Wan Yang Simple Tapi Ekslusif. Simple Pun Che Ta Tetap Melet0p Agituuu. Cantik Sangat !! 

Namanya sudah cukup terkenal dan tersohor dikalangan peminat seni tanahair. Diva yang cantik jelita ini diberi nama Rozita Abu Bakar atau nama komersilnya Rozita Che Wan. Beliau yang mesra dipanggil dengan nama Che Ta adalah anak kelahiran Alor Setar Kedah.

Dilahirkan pada tanggal 9 Mac 1974, Che Ta merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik yang mana beliau juga merupakan kakak kepada pelakon Ayu Raudhah. Che Ta memiliki aura kecantikan semulajadi yang membuatkan wajahnya itu tidak puas dipandang. Sekalipun sudah melepasi umur 40-an, wajahnya sentiasa tampak muda dan belia.

Sudahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil dari perkahwinan terdahulu, kedua-duanya membesar menjadi pemuda kacak bergaya diberi nama Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. Beliau melangsungkan perkahwinan keduanya bersama aktor berdar4h kacukan, Zain Saidin pada 13 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan comel yang bernama Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi akaun Instagram Jaydee Mohamad, telah dikongsikan video ketika sambutan ulangtahun kelahiran Che Ta yang ke 46. Che Ta yang anggun sentiasa tampil bergaya membuatkan dirinya tak ubah seperti usia 30-an. Bahagia sungguh Che Ta dikelilingi insan tersayang.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen menzahirkan ucapan selamat ulangtahun kepada Che Ta. Antara komen-komen netizen :

” Happy birthday kakak.. “

” I love the song. Happy birthday che Ta. Pernah jumpa sekali dekat Perlis semasa berlakun cerita yang famous Kiah Perkasam.. “

” Hepy birthday Che taaa gojessss.. “

” Happy besday mommy cantik.. “

” Happy birthday Che Ta . Semoga di rahmati Allah swt sihat walafiat di murahkan rezeki di berikan kekuatan keimanan ketabahan berjaya dunia akhirat sentiasa ceria sentiasa so sweet so beautiful dan bahagia bersama family tercinta. In shaa Allah. Aamiin.. “

Gembira tengok wajah ceria Che Ta di samping keluarga tersayang. Menambah lagi awet muda wajahnya itu. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran, semoga bertambahnya usia Che Ta akan dikurniakan nikmat kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga terus success dan gemilang di arena seni. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..