” Hannah Delisha kalau bawa lagu apa-apa pun semua best.. ” – Daebakingz

Video Hannah Delisha Menyanyi Lagu Peluang Kedua Nyanyian Asal Nabila Razali. Wah Menyanyi Secara Santai Pun Merdu Suara Hannah. Best Dengar Melodi Yang Hannah Alunkan Dengan Nafas Baru !!

Hannah Delisha selain dikenali sebagai pelakon juga memiliki mutu suara yang merdu. Penglibatan Hannah dalam rancangan realiti TV, The Masked Singer Malaysia baru-baru ini menyerlahkan lagi bakat nyanyian Hannah.

Untuk rekod, Hannah berjaya merangkul tempat keempat setelah berminggu-minggu berhemp4s pulas dalam pertandingan ini. Setiap minggu, Hannah memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat pujian peminat serta para juri.

Meninjau akaun Instagram Daebakingz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Hannah menyanyi lagu dendangan asal Nabila Razali iaitu Peluang Kedua. Duduk santai sambil melihat liriknya di laptop, suara Hannah kedengaran begitu lunak sekali.

Membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri, ianya kedengaran berbeza daripada melodi asal lagu tersebut. Memang tidak dinafikan Hannah memiliki vokal yang padu dan berilah apa sahaja lagu pasti kedengaran sangat merdu.

Jom tonton video di bawah :

Hannah memiliki pakej sempurna sebagai anak seni, wajah yang cantik dan suara yang lunak merdu, memang tidak puas dan jemu para peminat mendengar suara si cantik ini. Hannah juga ada berkongsikan video perjalanannya sepanjang di The Masked Singer.

Semoga Hannah terus aktif dalam bidang seni lakonan dan suara hebatnya ini mampu pergi lebih jauh lagi pada masa akan datang. Ramai peminat yang menyokong karier seni Hannah. Apa-apa pun, stay safe selalu Hannah dan terus gembira bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebakingz, IG Hannahdelishas_loverss

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..