” Handsome dia macam kacukan Arab.. ” – Netizen
Irma Hasmie Kongsi Gambar Terbaru Anak Lelakinya, Redza Syah Irfhan Raih Perhatian Peminat. Alahai Irfhan, Tak Mandi Pun Comel Je Mukanya !!
Sebut sahaja nama Irma Hasmie, pastinya peminat terbayangkan personaliti yang tidak kedek0t dengan senyuman ini. Irma yang dikenali umum sebagai pelakon dan pengacara kini bahagia bersama suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan serta dua cahayamata, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Untuk makluman, Irma dilantik menjadi Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia dan pernah ditemubual di stesen radio IKIM FM beberapa hari yang lalu. Irma juga ada berkongsikan iklan untuk program ini di Instagramnya.
Meninjau akaun Instagram Irma, telah dikongsikan sekeping gambar terkini anak lelakinya, Irfhan yang masih lagi berbaju tidur. Cerita Irma dalam nada bergurau di kapsyennya, dek kerana terlalu lama berada dalam tempoh PKP, Irfhan sampai ke petang pun masih tidak mandi.
Irfhan yang memiliki senyuman yang manis ini turut mewarisi ketampanan wajah ayahnya, Redza Syah. Sama seperti Irma, setiap kali wajahnya dirakam, senyuman pasti diberikan oleh budak segak ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Cerita oleh Irma ini telah mendapat perhatian daripada peminat dan tidak kurang juga yang memuji wajah Irfhan. Antara komen-komen mereka :
” Handsome anak mu.. ” – Balkisyh Semundur Khan
” Haha bukan anak sis je, anak saya pun hehe. Semalaman 1 hari tak mandi. Duk tunggu anak mandi, maknya tak mandi-mandi nak settlekan dorang.. “
” Handsome dia macam kacukan Arab hehe. Lambat mandi takpe, janji dia budak baik. Moga irfhan jadi anak soleh selalu.. “
” Hehe sama macam anak saya, sampai terpekik pekik jer1t suruh pergi mandi, tak jalan jugak. Ish tak mandi pun handsome Irfhan.. “
” Dah besar abang Irfhan, tak mandi pun handsome. Semoga jadi anak yang soleh dan cemerlang selalu dalam pelajaran.. “
” Handsome dan comel anak kak Irma, macam Palestinian pun ada mukanya. Takpe la, mandi esok pagi je kalau tak sempat hari ni hehe.. “
” Allahurabbi tak mandi lagi budak ni haha. Bertabahlah umie nya, sama macam anak saya juga ni.. “
Rupa Irfhan tu nampak segar sahaja walaupun belum mandi. Bukan Irma sahaja, malah kebanyakan ibu lain juga ada masalah yang sama seperti ini. Apa pun, semoga Irfhan menjadi anak yang soleh dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Irma Hasmie
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..