” Gigih dia dukung adik dia. Pandai jaga adik-adik, seb4k pulak tengok.. ” – Netizen
Dato’ Fizz Fairuz Kongsi Video Anaknya Nur Afrina Arianna Yang Mengundang Rasa Seb4k. Alahai Kakak Kecik Lagi Tapi Dah Pandai Jaga Adik Masa Mama Masuk H0spital. Tersentuh Tengok Gelagat Tiga Beradik Ni !!
Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bukan nama asing dalam industri hiburan. Mereka pelakon yang sudah lama bertapak dalam dunia lakonan. Atas dasar cinta, mereka membina keluarga yang bahagia dan selalu ceria seta antara keluarga yang sering mendapat perhatian peminat.
Fizz Fairuz sudahpun dikurniakan 3 orang anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora dan Nur Afrina Ayra. Almy pernah mengalami kegug0ran pada bulan Mac dan mereka redha belum ada rezeki untuk menimang zuriat lagi.
Almy yang tegas dalam mendidik anak-anaknya ini aktif di Instagram. Sering tampil membuat review produk dan makanan, anak-anaknya juga kerap kali muncul bersama. Fizz memaklumkan 2 hari yang lalu berita Almy dimasukkan ke h0spital.
Menerusi akaun Instagram Dato’ Fizz Fairuz, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan cara anak sulungnya Arianna melayani adik-adiknya. Almy yang masih sak1t membuatkan Arianna mengambil alih tugasan mamanya itu untuk menjaga adik-adiknya, Aurora dan Ayra.
Jom tonton video di bawah :
Aksi Arianna ini menyentuh hati. Tulus sungguh hati seorang kakak pada adik-adiknya ini. Antara komen-komen peminat :
” Allahu… harta tak ternilai.. ” – Achey Bocey
” Ya Allah kakak bijak nye mcm anak mumy kakak pandai jaga adk2 dia. semuga mama cepat sembuh amin.. “
” Allah betoi-betoi macam hang almy pandai jaga adik-adik.. ” – Cirakhairy
” Kalau Ibunya rajin, anak mesti mengikut.. “
” Such a cutie kakak ! pandai jaga adik adik. Seb4k pulak tengok.. “
” Alhamdulillah.. bgs ddikn mama dan papa. smga mmbsr mnjdi ank yg bijak n taat ye.. “
” Gigih dia dukung adik dia.. Nmpk sgt sifat tgjwb dia kt ctu.. “
Komen daripada Almy Nadia juga buat ramai yang rasa sayu :
Terharu tengok gaya Arianna menjaga adik-adik ni. Tinggi sungguh kasih sayang seorang kakak. Dengan kudrat yang ada, didukung adik dengan penuh rasa tanggungjawab. Semoga Arianna menjadi kakak terbaik buat adik-adik dan anak yang berbakti dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa sampai bila-bila. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizz Fairuz, IG Almy Nadia
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..