” Geniusnyaaa Ney Ney. Nora Danish, time you pregnant banyak makan buah delima ke apa ni ? “

Video Mohamed Neqayl Anak Nora Danish Yang Bijak Menulis Nombor. Part Nombor 8 Tu Bijak Sangat Cara Tulisnya. Wah Akauntan Cilik Mommy !!

Watak Puteri dalam sitkom berjudul Puteri sehingga kini masih melekat dengan aktress cantik Nora Danish. Trademarknya ‘Kita enjoy dulu’ sering dijadikan usikan ramai. Nora yang kini sudahpun berusia 38 tahun dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu.

Pernah mengahwini Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada tahun 2006 namun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2008. Menerusi perkahwinan ini, Nora dikurniakan seorang zuriat diberi nama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Perkahwinan keduanya pula bersama Nedim Nazri pada tahun 2017 memberikannya seorang cahayamata lelaki di beri nama Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dipanggil dengan nama manjanya Ney Ney. Ney Ney kini berusia 2 tahun membesar menjadi seorang anak yang comel dan bijak. Gelagat Ney Ney sering dikongsikan oleh Nora dan Nedim di akaun Instagram mereka.

Menerusi akaun Instagram, Nora Danish telah berkongsikan satu video di mana kelihatan anaknya Ney Ney sedang menulis angka mengikut sebutan Nora. Menakjubkan anak kecil ini mampu menulis hampir ke semua nombor asas. Bijak sungguh Ney Ney ni.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen kagum dengan kepandaian Ney Ney ini. Antara komen-komen netizen :

” MasyaAllah pandainya Neyney doakan Wira bijak jugak.. ”

” His 8 is super cute.. “

” Pandai dia semacam . Jarang jumpa budak sebijak ni. Rezeki nora laaa.. “

” Sooo cleverrr ney ney.. “

” Pandainyaaaaaaaaaaaaa untung mommy.. “

” Ney ney bijaknya sayang.. “

” Geniusnyaaa Ney Ney..Nora Danish time you pregnant banyak makan buah delima ke apa ni?.. “

Pandainya Ney Ney, 2 tahun dah pandai menulis nombor satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Hebat Ney Ney hebat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ney Ney terus diberikan kebijaksanaan akal oleh Allah dan menjadi anak yang berguna buat kedua ibu bapanya kelak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..