” Gaya makan pun sama dengan Daddy lah, comel.. ” – Netizen

Video Isaac Raees Makan Bersama Daddynya, Aiman Hakim Ridza Raih Perhatian Peminat. Amboi Bukan Main Berselera Lagi Isaac, Happy Lah Tu Sebab Daddy Teman Makan !!

Sebut sahaja nama si kecil Isaac Raees ini pastinya ramai yang mengenalinnya. Sejak dilahirkan lagi, Isaac sudah pun mempunyai ramai peminat. Malah ada sahaja perkongsian mengenai Isaac oleh ibunya, Zahirah Macwilson pasti mencur1 perhatian ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Inaijari, telah berkongsi satu video terbaru mengenai gelagat Isaac. Menerusi video itu, kelihatan Isaac bersama daddynya, Aiman Hakim Ridza sedang makan bersama-sama.

Video tersebut telah diambil menerusi Ig story milik Zahirah. Tulis Zahirah pada video itu adalah Isaac baru ada selera makan setelah daddynya ada bersama memandangkan hari ini Aiman bercuti dan dapat menemani Isaac.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 9 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Alahai comel lah tengok Isaac enjoy jer menikmati makanan bersama daddy tersayang. Gaya makan dua beranak ni makan pun sama.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan memuji kecomelan Isaac. Antara komen-komen tersebut :

” Comel lah anak Zahirah ni. Halah-halah terus berselera makan ya Isaac bila daddy cuti, happy family.. “

” Gaya makan pun dah sama dengan daddy. Mybe rindu kat daddy lah tu, daddy sibuk kerja lah sayang.. “

” Suka tengok dua beranak ni. Isaac sarapan makan apa tu, roti ke. Nampak dah semakin tinggi Isaac ni.. “

” Seronoknya dapat breakfast sama-sama dengan daddy. Anak manja daddy lah ni yer Isaac, comel lah dia makan tu.. “

” Sopan tengok Isaac makan, alahai cian dia, tak selera makan ke sebelum ni. Mungkin nk dia nk makan ditemani oleh daddy tersayang.. “

” Pandai pula tiru gaya daddy dia makan. Budak cerdik ni. Suka tengok video-video Isaac tengah makan, nampak berselera.. “

” Bonding time, makan bersama2 macam ni buatkan anak akan ingat tau. Suka lah dia tu daddy ada sebelah.. “

Nampak suka betul Isaac bila dapat makan bersama-sama dengan Aiman. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak mendoakan semoga Isaac membesar dengan sihat, sentiasa menjadi anak yang baik dan selalu membahagiakan mummy dan daddynya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Inaijari, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..