” Gambar last betul-betul macam patung Barbie bertudung.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Sekitar Majlis Minum Petang Sempena Hari Lahirnya Yang Bertemakan Barbie, Posting Datuk Siti Nurhaliza Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Woww Cantik Lah Datuk Siti, Memang Nampak Ala-Ala Barbie Lah !!

Mungkin ramai yang tahu bahawa semalam, 11 Januari merupakan hari lahir penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang ke- 43 tahun. Sempena sambutan hari lahirnya, Datuk Siti turut mengadakan majlis meraikan bersama ahli keluarga serta teman-teman rapatnya.

Selain itu, Datuk Siti juga telah mengadakan majlis minum petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Paling mencur1 tumpuan adalah tema hari lahir Datuk Siti ketika minum petang itu yang bertemakan kartun Barbie.

Cantik kelihatan Datuk Siti yang mengenakan gaun berwarna pink lembut dan bersama Datuk Siti adalah anak-anaknya iaitu Siti Aafiyah serta Muhammad Afwa. Jelas Datuk Siti di Ig Story, tema tersebut adalah atas permintaan Aafiyah yang sangat meminati kartun Barbie.

Gambar-gambar Datuk Siti secara berseorang juga telah mendapat pujian ramai. Ada yang menyatakan bahawa gambar Datuk Siti cantik dan dirinya kelihatan persis kartun Barbie yang mengenakan tudung.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-rata peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Datuk Siti dan memuji penampilan Datuk Siti ketika hadir ke majlis minum petang itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hye Dato Ct, birthday kita same. Sy 34 tp dato 43 thn ni. Happy Birthday to you too. May Allah bless you forever. Ameen.. “

” Gambar last betul-betul macam patung barbie bertudung, lawa betul Dato Ct kali ni. Selamat hari jadi Datuk, semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga.. “

” Selamat hari lahir Tokti. Semoga diberikan kesihatan yang menyeluruh, dirahmati oleh Yang Maha Kuasa.. “

” Lawanya Tokti, pakai tudung bawal simple mcam tu terus nampak muda 10 tahun lah. Comel tengok gaya Tokti bergambar ala2 barbie.. “

” Yeke 43, nampak macam 33 tahun je, hehe. Selamat hari lahir Datuk Ct, semoga terus bahagia bersama family. Ni birthday party Datuk ke, Aafiyah, hehe nampak Aafiyah lagi teruja ni.. “

” Masya Allah tabarakallah cantiknya Ctdk, sanah helwah, Moga tok ti sentiasa dalam rahmat Allah. Aamiin Ya Allah Ya mujib.. “

” MasyaAllah cantiknya kak iti. Make up pun nice, memang nampak barbie betul lah. Cntik semua gambar kak iti.. “

Alahai comel dan berseri-seri betul wajah Datuk Siti ketika sambutan hari lahirnya. Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Oh Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Siti, semoga Datuk Siti sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus berjaya di masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..