” First time tengok artis popular sambut birthday sorang-sorang depan phone je.. “

Video Khai Bahar Menyanyi Sambut Ulangtahun Kelahirannya Live Di Instagram Bersama Peminat Buat Peminatnya Seb4k. Alahai.. Sweetnya Khai Ni !!

Pemilik anugerah Penyanyi Paling Melet0p Anugerah Melet0p ERA 2019, Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar sudah mencipta namanya tersendiri dalam dunia hiburan. Jejaka yang berasal dari Perlis ini mula menjadi bualan apabila nyanyiannya berduet bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral.

Kelunakan suaranya menjadi perhatian ramai sehinggakan digelar King of Smule. Hampir kesemua cover lagu yang dinyanyikan oleh Khai mendapat pujian peminat. Tahun 2016 menjadi detik permulaan karier Khai apabila ditawarkan menjadi artis rakaman NAR Records.

Khai mula bersinar melalui lagu-lagu singlenya antaranya Bayang, Luluh, Jodohku dan #123. Selain bidang nyanyian, Khai juga turut berlakon di dalam drama Satukan Rasa bergandingan bersama Siti Nordiana. Keakraban mereka mendapat restu peminat hinggakan ramai yang mahukan mereka disatukan.

Menerusi akaun Instagram, Khai Bahar telah berkongsikan rakaman video ketika beliau membuat Live bersama peminat-peminatnya sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 26. Apa yang membuatkan peminat terharu adalah nyanyian hapy birthday buat dirinya sendiri dengan wajah yang nampak seb4k.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen seb4k dengan kesungguhan Khai menghargai peminatnya ini. Antara komen-komen netizen :

” Heaven sangat ni wish kat diri sendiri. Apapun didoakan Khai terus cemerlang dunia akhirat. Always be happy ok.. “

” Happy besday khai.. “

” Happy birthday khai! Semoga sentiasa dibawah lindungan allah swt.. “

” Seb4kkk. Nang1s. Sed1h. Terh4ru sebab Khai sweet sangattt. Nak sambut dengan fans jugakk.. “

” Terkelu4r juga air mata semalam. Khai sangat-sangat sweet. Sangat-sangat menghargai fansnya.. “

” Nyanyi sambil sengeh tapi air mata turun. Semoga selalu dirahmati yang maha Esa. Amin.. “

” Syahduuuu lahai aku tengok video nyanyi besday sendiri ni.. “

” Happy birthday khai, first time kot tengok artis Popular sambut birthday sorang-sorang depan phone jer, nyanyi sendiri lagu birthday untuk diri sendiri. Khai buat akak jadi seb4k dan blank tak tahu nak cakap apa tahu dak.. “

Terh4ru sungguh tengok nyanyian Khai yang penuh bermakna ni. Walaupun untuk diri sendiri, namun kesungguhan Khai untuk meraikan ulangtahun dengan peminat-peminatnya itu buat semakin sayang peminat padanya. Susah nak cari yang menghargai seperti ini.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun buat Khai dan semoga segala impian dan harapan Khai dimakbulkan Allah. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Khai Bahar by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..