” First time dengar nama tu, nama secantik tuannya.. ” – Netizen

Isteri Nubhan Ahamad, Dr Fie Tawfek Kongsi Nama Dan Gambar-Gambar Photosho0t Anak Ke 3 Mereka Yang Kini Sudah Berusia Hampir Sebulan. Wah Comel Sangat Princess Ni, Manis Senyuman Tu. Nama Pun Sedap !!

Beberapa hari sahaja lagi, anak ketiga Nubhan Ahamad dan Dr Fie Tawfek bakal berusia sebulan. Dilahirkan pada 12 Januari yang lalu di KPJ Seremban Specialist Hospital, Nubhan masih belum mengumumkan nama bayinya.

Pada perkongsian terdahulu, Dr Fie ada memuatnaik video perbualannya bersama Nubhan yang membincangkan nama bayi ini. Nubhan bertegas mahukan nama bayi diletakkan sebagai Alisya, namun Dr Fie tidak berkenan dengan nama ‘ Sya ‘ di hujungnya.

Menerusi akaun Instagram Dr Fie Tawfek, telah dikongsikan beberapa keping gambar baby photosho0t yang memperlihatkan wajah penuh puterinya ini. Dr Fie turut memaklumkan bayi ini dinamakan sebagai Afzan Nayille binti Ahmad Nubhan.

Akhirnya nama pemberian aaki juga yang menang. Ayah Dr Fie meminta nama Afzan sempena nama Tengku Ampuan Pahang, Tengku Ampuan Afzan. Ini juga sebagai hadiah hari lahir dari Dr Fie untuk ayahnya pada 22 Februari nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Comel sungguh si kecil ini dalam semua gambar-gambar yang dipaparkan. Ala-ala ustazah kecil lah Nayille. Antara komen-komen peminat :

” First time aki bagi nama haha. Well done aki, kalah watt sekali ni. Beautiful name by aki, best secomel bayinya.. “

” MasyaAllah cute nya , semoga si comel. Afzan menjadi anak yg solehah buat ibu & abah… anak yg hebat, anak yg sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.. “

” Alhamdulillah, comelnya lah budak kecil ni. Bamb4m ni, suka tengok muka senyum tu. alahai melt1ng jap.. “

” Sedap namanya, comelnya Afzan Nayille. Semoga Afzan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. “

” Alolo comelnya, nama pun sedap. First time dengar nama tu, sweet sangat nama ni. ok abah boleh cuba lagi next time haha.. “

” Assalamualaikum Afzan Nayille, comelnya. She so cute and adorable. Semoga menjadi anak yang solehah buat ibu dan abah.. “

” So cute, comel baby bamb4m. Nama secantik tuannya. semoga menjadi puteri solehah penyejuk mata ibu dan ayah.. “

” Comel sangat sangat, yang bertelekung tu ger4m tengok hehe. Semoga menjadi anak yang solehah Afzan Nayille.. “

Semakin meriahlah keluarga Nubhan dan Dr Fie dengan adanya Afzan Nayille. Semoga Afzan Nayille membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akh1rat seperti maksud namanya, kemenangan dan rahmat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Fie Tawfek, IG Nubhan Ahamad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..