” Ezad junior ni, sebijik suara bapaknya.. ” – Netizen

Video Anak Ezad Lazim, Putera Muhammad Darwish Menyanyi Lagu Mengintai Dari Tirai Kamar. Amb0i Darwish, Penuh Perasaan Sungguh. Terlop0ng Bapaknya Dengar. Haha !!

Ezad Lazim antara penyanyi yang mempunyai suara yang merdu dan sedap didengar. Pernah menjadi vokalis kumpulan Exists suatu masa dahulu dan dikenali sebagai Ezad Exist, kini Ezad bergerak secara solo dan menggunakan nama Ezad Lazim.

Meninjau akaun Instagram Daebaking, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak lelaki Ezad bernama Putera Muhammad Darwish menyanyi ketika berada di dalam kereta bersama ayahnya ini.

Mengalunkan lagu yang pernah popular dendangan Ezad sendiri berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar, suara ser4k-ser4k basah Darwish buat peminat teruja mendengarnya. Nampaknya dar4h seni si ayah mengalir dalam badan si kecil ini.

Turut tertera ayat di video ini berbunyi ‘ Bila masa anak aku hafal lagu ni ek ? ‘.¬†Bukan main lagi Darwish menghayati lagu jiwang ayahnya ini, penyanyi asalnya sebelah je Darwish haha. Reaksi Ezad pun comel betul ketika mendengar anak sendiri menyanyi lagu yang pernah dipopularkan olehnya.

Jom tonton video di bawah :

Bak kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi iye tak. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Pergh hebatlah Darwish. Pandainya dia. Esok esok dia tahu daddy dia siapa, mesti dia bangga hehe.. “

” Boleh diajar menyanyi ni, ada pelapis sudah Ezad. Dah besar mesti jadi penyanyi hebat ni, awesome.. “

” Alah alah sangat menghayati, terlove lak dengar suara si cilik ni. Wah dah nampak pelapis coming soon hehe.. “

” Wow boleh ganti daddy la, ni la peminat fanat1k yang sebenar hehe. Best suara Darwish, terbaik darwish.. “

” Padahal dulu ayahnya nyanyi lagu ni mungkin belum jumpa sama mak dia hehe. Golden voice, dia menyanyi lagi pak dia lagi haha.. “

” Boleh sambung legasi babah dia ni, sedap suara darwish. Anak bapak, potensi boleh digilap lagi ni.. “

” Dia tahu ke yang dia nyanyi tu lagu bapak dia haha. Terbaiklah Darwish, ada bakat tu nak jadi penyanyi macam ayahnya.. “

” Bolehlah nanti jadi pelapis Ezad, Ezad junior ni. Sebijik suara bapaknya, like father like son.. “

Antara lagu jiwang terbaik sepanjang zaman, memang rata-rata peminat menghafal lagu ini. Ada bakat dan suara pun sedap Darwish ni. Semoga pada masa akan datang, Darwish boleh menjadi bintang baru yang bersinar dan pelapis Ezad.

Silakan SHARE..

Sumber : IG DaebaKing, IG Ezadlazim 

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..