” Exactly macam kakak Ameena version boy, comel sangat.. ” – Netizen

Gambar Terkini Anak Lelaki Shukri Yahaya Cur1 Perhatian Ramai. Manis Betul Senyuman Maleeq Miqaly, Boleh Buat Ramai Jadi Cair Ni !!

Pada bulan Julai lalu, pelakon Shukri Yahaya telah menerima kelahiran anak keduanya. Berita gembira tersebut turut dikongsikan oleh Shukri menerusi akaun Instagram miliknya kepada orang ramai. Perkhabaran gembira itu bertambah indah apabila kali ini, Shukri menimang anak lelaki.

Setelah 8 hari dilahirkna, isteri Shukri turut berkongsi gambar terbaru anak kecilnya itu berserta namanya. Secomel wajahnya, Maleeq Miqaly diberikan nama buat putera tercinta. Kini usia Maleeq telah pun berusia 46 hari, kelihatan dirinya makin comel.

Shukri yang terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorag cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini telah pun berusia 4 tahun.

Terbaru, hasil tinjauan di akaun Instagram milik Tya, telah berkongsi satu video yang memaparkan wajah terkini Maleeq. Makin comel malah wajahnya juga seiras seperti kakaknya, Ameena. Malah Maleeq juga dilihat sudah pandai mengukir senyuman apabila diusik oleh ibunya.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

View this post on Instagram

Mat 🌷 @maleeqmiqayl

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Wajah Maleeq turut mencur1 perhatian ramai. Malah rata-rata netizen turut memberikan komen bahawa wajah Maleeq seiras seperti kakaknya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Exactly mcm kakak Ameena version boy cumils sgt.. Muka mcm kakak Ameena.. “

” Bff kakak Ameena ni muka dah nak sama tu.. “

” Sebijik muka kakak… Mmg anak bapak ni muka sama hahahhahaha.. “

” Ya Allah muka dy sebijik macam Ameena.. “

” Dia ada lesung pipit jugakkkk laaaa mcm Ameena.. “

” Eyy adik pun cheeky macam kak Ameena ni.. “

” Comelnyaaaaa lahai cair tengok awak senyum wahai Maleeq.. “

Comel betul anak teruna Shukri ni, nanti dah besar mesti kacak macam ayahnya. Alhamdulillah, sepasang anak Shukri dan Tya, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak Shukri dan Tya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Adnan

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..