” Eh tunang berapa hari je terus nikah sis.. “

Akhirnya Tasha Shilla Sah Menjadi Isteri Kepada Muhammad Atiq. Selamat Pengantin Baru Tasha. Tahniah !!

Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak merupakan salah seorang pelakon yang sudah lama di dalam dunia hiburan. Beliau yang dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang Selangor kini sudahpun berusia 33 tahun. Kariernya banyak tertumpu kepada dunia lakonan dan model.

Baru sahaja beberapa hari lepas pelakon cantik Tasha Shilla mengik4t tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Atiq Idris. Pernah memaklumkan sejurus selesai majlis pertunangan itu bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan yang sama iaitu Februari namun tidak dimaklumkan dengan jelas bila tarikh yang sebenar.

Akhirnya pasangan ini memilih 28 Februari 2020 sebagai hari penyatuan cinta mereka berdua. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Negara dihadiri ahli keluarga dan orang-orang terdekat sahaja. Tasha yang menggenakan busana berwarna putih nampak sangat jelita dengan lengkap mengenakan hijab.

Menerusi akaun Instagram mstaronlineofficial, telah dikongsikan rakaman video majlis batal air sembahyang setelah sempurna akad nikah pasangan Tasha Shilla dan Muhammad Atiq. Gelag4t kedua mempelai yang tersipu m4lu dan tersenyum menggambarkan betapa bahagianya mereka saat ini.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen gembira dengan pernikahan Tasha ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah… Semoga berkekalan hingga ke Jannah… Aaminn.. “

” Cantik sangat tasya pakai tudung … Selamat pengantin baru.. “

” Auch so sawit.. “

” Selamat Pengantin Baru.. “

” Eh tunang berapa hari je terus nikah sis.. “

” Comell je.. “

” Auch ss0o sweeeettt.. “

” Alahai comelnya tasha shilla dengan suami m4lu-m4lu.. “

” Bila nikah aur4 dia lain, mestilah gement4r dah jadi laki.. “

Comel sungguh gelagat Tasha dan suami. Namun senyuman bahagia bila dah sah bergelar suami isteri jelas terpancar diwajah masing-masing. Yang melihat pun terikut bahagia. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG mstar0nlineofficial, IG cst production by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..