” Eh sama pula. Macam Bella pun ada.. ” – Netizen

Gara-Gara Model Muzik Video Lagunya, Qistina Rania Yang Seiras Wajah Bella Dally, Akaun Instagram Nazim Dihujani Komen Peminat. Namun Respon Nazim Buat Ramai Terharu. Dalam Hati Ada Taman Ye Bang !!

Nama pelakon tinggi kacak , Nazim Othman mula terkenal setelah lakonannya dalam drama Kau Yang Terindah mendapat respon yang baik dari penonton. Bekas pramugara di syarikat Penerbangan Malaysia Berhad ini merupakan anak kelahiran Labuan namun dibesarkan di Johor Bahru.

Penglibatannya dalam dunia seni hiburan sudah bermula sejak tahun 2008 lagi di mana beliau berjinak-jinak juga sebagai model, pengacara dan juga penyanyi selain pelakon. Banyak drama lakonannya yang mendapat pujian ramai antaranya Lara Aishah, Monalisa dan Terima Aku Seadanya.

Nazim pernah menyertai pertandingan Gempak Superstar dan berjaya berada di tempat kelima ketika peringkat akhir pertandingan tersebut. Nazim pernah melangsungkan perkahwinan bersama aktress Bella Dally pada tahun 2016 namun jodoh mereka tidak panjang dan berpis4h pada tahun 2018.

Menerusi akaun Instagram, Nazim Othman telah berkongsikan sekeping gambar bersama model untuk klip muziknya bernama Qistina Rania. Gambar tersebut diambil ketika pertemuan pertama mereka sebelum bekerjasama dalam klip video tersebut. Memang sama sangat dengan wajah Bella. Fuh macam kembar !

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen terkej0t dengan wajah Qistina yang seiras Bella ini. Antara komen-komen netizen :

” Seriously sekali pandang ingat bella dah tadi. Nasib i pandang 2 kali.. “

” Ok ler ada iras.. Kalau betul pun apa salahnya.. Sepadan dah… Jangan kau berhenti percayakan mimpi… “

” Kenapa I rasa muka dia macam bella? Amagad. Sekali tengok. 2/3x tengok sampai hp depan muka baru like eh orang lain.. “

” Macam sama tapi bukan dia.. “

” Ada iras muka bella.. But anyway, she’s beautiful.. “

” Nazim othman sekali pandang memang macam bella.. “

” Eh.. Aku confuse jap.. Kenapa bella tak pakai tudung.. Eh jap bukan bella.. “

” Cantik macam bella, kalau ada jodoh nazim othman alhamdulillah semoga berjodoh.. “

Antara komen-komen yang mendapat respon dari Nazim sendiri :

Seiras sungguh kalau ditengok sekali imbas. Namun seperti kata Nazim, nampak serupa tapi tak sama. Walaupun Bella sudah mempunyai kehidupan sendiri, Nazim masih tetap mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan yang berkekalan buat Bella. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Nazim bakal bertemu jodohnya yang memahami dan mampu memberikan kebahagiaan yang diimpikan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nazim Othman by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..