” Eh dah pandai angkat kepala lah, leher dah kuat.. ” – Netizen

Video Erma Fatima Bermain Bersama Cucu Pertamanya Raih Perhatian Peminat. Amb0i Comel Baby Joget Tapi Sayang Baby Tak Suka Lagu Mak Cun Lah. Part Meniarap Tu, Kuat Betul Kepala. Baru Berapa Hari Je Umur Baby !!

Baru-baru ini, pengarah dan pelakon Erma Fatima ada berkongsikan berita gembira telah selamat menimang cucu pertama. Ia merupakan anak kepada anak lelakinya, Albab dan kelahiran bayi ini memberikan kegembiraan berganda buat Erma.

Sebagaimana nenek lain, Erma juga excited menjaga cucunya ini. Meninjau akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Erma bersama cucu lelakinya ini. Hai lah Tokma, macam-macam aktiviti dibuatnya bersama baby.

Pada perkongsian pertama, kelihatan Erma sedang meriba baby ini sambil menyanyikan lagu drama popular lakonannya, Mak Cun. Bukan main lagi Erma mengoyangkan badan cucunya ini seperti sedang berjoget.

Pada perkongsian kedua pula, Erma membuat aktiviti tummy time untuk cucunya ini. Diletakkan meniarap, kata Erma ini aktiviti sebelum mandi untuk baby. Aktif betul cucu Erma ini, baru 12 hari usianya sudah pandai mengangkat kepala.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata peminat terhibur melihat bonding time antara Erma dan cucunya ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Rindu anak-anak ku masa baby, sekarang mampu tengok baby orang je lah haha. Happy Erma dapat main dengan cucu.. “

” Comel lah, eh dah pandai angkat kepala lah. Leher dah kuat. boleh dah angkat kepala tu. pandai baby.. “

” Bestnyee kalau dapat c1um bau kepala baby tu.. h1lang stress kejap. Kuatnya dia dah boleh angkat kepala.. “

” Comelnya baby tu mak cun, comel macam tokma nya jugak. Ger4m je tengok joget-joget macam tu.. Dah pandai buat muka haha.. “

” Pandainya buat muka tak suka lagu mak cun haha., amb0i amb0i comelnya lah. Bahagia je kan.. “

” Tergeliat kang tokma haha, banyak muka daddy ni comelnya. Hehee baby kata nak pakai bedak sejuk dulu, baru enjoy nyanyi lagu Mak Cun.. “

” Redha je dia kena bul1 dengan tokma haha. Mak cun semangat nyanyi, baby buat muka pulak haha.. “

Bahagianya nenek apabila bersama cucu, apatah lagu cucu sulung memang macam-macam benda ingin dilakukan bersama. Ini baru baby, tunggu besar sikit selepas ini tentu lagi banyaklah plan nenek untuk si cucu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..