” Dok tengok mata Aubrey terkelip-kelip tu sampai tak perasan masak apa.. ” – Netizen

Datin Paduka Eina Azman Kongsi Video Gelagat Anak Kembarnya, Arianna Aubrey Dan Karl Kareef Membuat Puding Milo. Wahhh Dah Macam Chef Professional Buat Rancangan Memasak. Part Mata Aubrey Kedip-Kedip Tu Comel Sangat !!

Menjadi kanak-kanak adalah saat yang sangat membahagiakan. Pastinya ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyemai kenangan indah zaman kanak-kanak. Sebagai anak, tidak banyak yang mereka pinta daripada ibu bapa melainkan masa bersama mereka.

Perkongsian video terbaru Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman mereka melkukan satu aktiviti yang bagus bersama anak-anak. Datin berkongsi gambar dan video anak-anak kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef sedang melakukan aktiviti membuat puding milo di instagram miliknya.

Alahai comel sangat gelagat Karl Dan Aubrey, seolah-olah sedang mengelolakan rancangan memasak. Dah besar Aubrey dan Karl yer. Bukan main petah betul bercakap keduanya apabila Datin Eina merakam aksi mereka sedang membuat puding milo dengan gaya yang sangat cute.

Terbaiklah Datin Eina memberikan peluang kepada anak-anak mencuba aktiviti-aktiviti sebegini. Mesti Aubrey dan Karl lagi suka berada di dapur selepas ini. Tak sabar nak tengok video memasak si kembar lagi selepas ini. Pasti ada sahaja telatah mereka yang mencuit hati.

Ikuti perkongsian video di bawah :

Perkongsian Eina mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Dia punya gigih tengok camera.. Hilang dah warna gincu last sekali.. “

” Comey Jew kedip2 mata tu.. Suka dia je Aubrey tu kan.. cute nawww.. “

” Mata ttp nak tgk cameta hahahaha.. Cutenyaaa aubrey bila kedip2 mata.. “

” Terkenyit2 mata kita tgk wak.. Tgk la mata si kakak tu dari awal smpai habis mata kelip2 comel.. “

” Ya Allah bijak betul anak 2 eina.. Cute and funny, plus adorable, lebih2 lagi the sister.. Omaigod.. Aunty fall in love dah.. Stop la blink2.. So cute.. “

” Hahahaha cute sangat. Dok tgk mata terkelip2 tu sampai  tak perasan dah masak apa tu.. “

” Lama dah x bersiaran.. Aunty rindu video korang.. Dah kenapa dgn mata tu. Hahhahahh… Comellllll ja.. “

Besar nanti boleh jadi chef selebriti berjaya kalau macam ni. Terbaik Datin Eina bagi peluang kepada anak-anak untuk cuba membuat puding milo walapun masih kecil. Nampak mudah, tapi pengalaman cukup bermakna buat anak-anak pastinya. Semoga anak-anak ini menjadi anak soleh dan solehah dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..