” Dok berus bulu kening dari tadi lagi.. “

Erma Fatima Kongsi Video Beliau Ke Tarim. Namun Part Datin Umie Aida Dan Datin Ziela Jalil Kena ‘Tarbiah’ Dengan Erma Fatima Memang Kelakar Habis !!

Pengarah filem terkenal, Erma Fatima atau nama sebenarnya, Fatimah binti Rahmad yang juga merupakan seorang pelakon dan penulis skrip terkenal menerusi drama komedi Mak Cun. Beliau juga merupakan kakak kepada pelakon Umie Aida dan Betty Rahmad.

Erma mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta ’87 pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya manakala filem pertama arahan beliau ialah Perempuan Melayu Terakhir, hasil lakonan Vanida Imran.

Pernah berkahwin dengan pengarah filem terkenal, iaitu Bade Hj. Azmi pada 30 November tahun 1991 dan mereka juga memiliki lima orang anak angkat. Namun pada 19 Ogos 2017, pasangan ini telah mengambil keputsan untuk berpis4h secara baik.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Erma telah berkongsi video kepada umum, beliau telah ke Tarim, Yaman untuk belajar ilmu agama. Turut ikut serta bersama Erma adalah adiknya, Datin Umie Aida dan sahabat baiknya, Datin Ziela Jalil.

Tonton video yang telah dikongsikan oleh Erma di bawah ini :

Rata-rata peminat turut menyukai pengalaman yang dikongsikan oleh Erma itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” MasyaAllah Tabaarakallah… Ya Tarim wa ahlaha.. “

” Jelesnya… Nampak best sangat.. “

” MasyaAllah… Satu hari pasti akan jejak ke bumi Tareem…. “

” Mayaallah bestnye kak Ema.. “

” Allah… Peliharalah kesemuanya agar sentiasa berada di landasanMU… Cantik ciptaan Allah… Semoga semuanya sentiasa di payungi Rahmat…. “

” Untungnya Erma. Alhamdulillah. MasyaAllah. Tabarakallah.. “

” Best nya.. Sy pernah belajar di darul mustafa Tareem under habib umar.. “

Part bila Erma rakam video semasa Datin Umie Aida dan Datin Ziela Jalil tu memang kelakar. Sempat lagi Erma berleter dekat mereka. Alhamdulillah, beruntung semua dapat mencari ilmu hingga ke Tarim. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Erma sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..