” Doakan saya dan baby supaya sihat.. ” – Shima Anuar

Shima Anuar Kongsi Berita Gembira Kini Sedang Hamil Anak Ketiga, Mohon Doa Agar Segalanya Dipermudahkan. Wah Tahniah Shima, Patut Nampak Makin Berseri-Seri !!

Siapa tidak kenal dengan pelakon drama Isteri Dalam Sangkar, iaitu Shima Anuar. Selain mempunyai bakat dalam lakonan, Shima juga dikatakan pandai memasak. Sebelum ini Shima telah menjalankan perniagaan makanan iaitu laksam dan ramai memuji laksam hasil tangan Shima sangat sedap.

Untuk info, Shima telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya iaitu, Mohd Solih Toha. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya matanya, Marian Sophia, 5 dan Mikhael Imaan, 3.

Terbaru, Shima telah berkongsi berita gembira yang dirinya sedang hamil anak ketiga menerusi hantaran di Instagram. Kongsi Shima lagi, dia terpaks4 membat4lkan beberapa tawaran lakonan bagi menjaga kesihatannya yang sedang berbadan dua sekarang.

Shima turut berkongsi video yang memaparkan dia bersama anak-anak memegang keputusan beberapa alat ujian kehamilan yang menunjukkan dirinya sedang hamil. Dalam pada itu, Shima  memohon doa ramai agar segala urusannya dipermudahkan.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Perkonngsian oleh Shima itu telah dibanj1ri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bestnyaaaa ada baby lagi, congratulations sista. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kite akan sentiasa menunggu activity she kt rumah. Mesti macam2 benda she beli online.. ” – Nabila Huda

” Alhamdulillah selalu bila jaga badan n sihat dalaman ni, insyaAllah senang lekat, congrats babe.. ” – Ozlynn

” Yuhuu Congrats mommeh.. ” – Ayda Jebat

” Alhamdulillah congrats mommy. Yeayy finally after 3 year Imaan got adik. Semoga Shima dan kandungan sentiasa sihat.. “

” Awww ada baby lagi. Follow akak dari prgnantkan Mikhael, masa tu nak raya. Gigih akak pnjat tangga psg langsir, tahniah n pls take care k.. “

” Wahh tahniah Shima, rezeki awal tahun ke ni, hehe. Semoga Shima sentiasa sihat ya dan dipermudahkan urusan.. “

” Alhamdulillah, murah rezeki Shima, tahniah ya. Tumpang happy dengan perkhabaran ni, semoga segalanya dalam keadaan baik2.. “

” Congrats Shima, semoga mami dan baby sihat n dilancarkn urusan nya hingga lah bersalin nanti,  selamt berehat Shima.. “

Wahh ramai yang teruja dengan perkongsian berita kehamilan Shima kali ini. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Shima dan keluarga. Semoga Shima dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shima Anuar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..