” Dia pun gelak dengaq dia baca, sekali mak dia pun tergelak.. ” – Netizen

Video Fikry Ibrahim Membaca Surat Khabar Untuk Ibunya Buat Ramai Terhibur.  Tu Tengah Baca Berita Ke, Bersyair Fikry, Haha !!

Nama pelakon Fikry Ibrahim memang cukup kenali ramai. Malah watak yang dibawa menerusi lakonannya sering kali mendapat pujian. Lebih-lebih lagi menerusi drama ‘ Cik Reen & Encik Ng0k Ngek’ , Fikry cukup diminati ramai kerana telah berjaya menjiwai watak yang diberikan.

Terbaru, menerusi perkongsian Fikry, telah dikongsikan satu video yang memaparkan dirinya sedang menjaga ibunya di sebuah pusat perubatan. Menerusi video itu juga, Fikry sedang membaca surat khabar untuk ibunya.

Perkongsian video tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai kerana akan gaya Fikry ketika membaca surat khabar yang sangat menghiburkan. Manakan tidak, cara Fikry membaca berita tersebut seolah-olah seperti membaca syair.

Video yang dirakamkan oleh Fikry itu turut kedengaran ibunya ketawa apabila mendengar Fikry membaca surat khabar untuknya dan video tersebut turut mendapat ribuan tanda suka dan komen daripada netizen di Instagram.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar suara Fikry membaca surat khabar tersebut dan mereka juga  turut mendoakan semoga kesihatan ibu Fikry akan kembali sihat. Antara komen-komen netizen adalah :

” Kau baca berita ke syair Fikry, kelakar lah dengar, mesti sedang hiburkan ibu kan, semoga ibu Fikry cepat sihat.. ” 

” Anak baik ni, bagus layan ibu mcm tu. Selamat hari raya Fikry, semoga ibu Fikry beransur pulih sedia kala.. “

” Dia pun gelak dengaq diri sendiri baca, ado0ii, haha memang lawak dengar, mak dia pun gelak sekali.. “

Sebelum ini Fikry ada berkongsi cerita bahawa kini dia sedang memberikan tumpuan kepada ibunya yang tidak berapa sihat yang berada di Kedah dan segala urusan kerjanya ditangguhkan buat sementara waktu.

Comel lah tengok Fikry cuba hiburkan ibunya itu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga ibu Fikry akan kembali sihat dan semoga segala urusan Fikry akan dipermudahkan, amin. Selamat Hari Raya Fikry !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fikry Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..