” Deeeshiliouss pun deshilious la Laraaa hahaha. Very funny.. ” – Netizen

Video Lara Alana Buat DIY Cupcakes Yang Sangat Menghiburkan. Part Puji Sedap Tu Tak Boleh Bawak Bincang, Lain Terus Bunyinya. Kelakar Sungguh Lara !!

Si cilik ini semakin hari kelihatan semakin comel dan bergaya. Diberi nama Lara Alana, anak kepada pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-yahya ini antara anak selebriti popular di Malaysia. Sering muncul dengan video-video menarik, nama Lara mencur1 perhatian ramai.

Lara yang dilahirkan pada 22 Julai 2014 kini sudahpun menganjak usia 6 tahun. Sangat petah bercakap, si kecil ini sangat mengemari aktiviti berenang, bermain piano dan memasak. Sehingga kini Lara sudah mempunyai seramai 3.9 juta pengikut di akaun Instagram miliknya.

Mempunyai ibu dan ayah yang berperangai gil4-gil4 membuatkan Lara turut sama pandai berjenaka. Pasti ada sahaja gelagat mereka sekeluarga yang menghiburkan apatah lagi di saat perintah Stay At Home sedang berlangsung. Awal yang sering berkongsikan bakat memasak dan membuat kuih muih mengelarkan dirinya sebagai dapur daddy. Kelibat Lara membantu di dapur pasti akan diakhiri dengan jenaka yang mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram Lara Alana, telah dikongsikan video Lara sedang membuat cupcakes bersama ibunya Scha Alyahya. Gelagat comelnya di dapur dengan mulut yang petah bercakap buat ramai terhibur. Lebih-lebih lagi ketika Lara memuji masakannya itu. Kelakar sungguh perkataan yang keluar daripada mulut si comel ini.

Jom tonton video di  bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lucu Lara ini. Antara komen-komen netizen :

” You’re so cool Lara. Delicious.. “

” Awat comey sangat lara alana. Very funny la Lara.. “

” Hahahaha Lara so cute dicilessss.. “

” Dishis pun jadi laaaa. Good job lara.. “

” Decilious punnn comel. So cute laraa.. “

” Good job Lara!! Pandainya. Indeed it looks deshelous. oops delicious!!.. “

” Deeeshiliouss pun deshilious la Laraaa hahahhha .. “

” Comel jer bila Rara sebut DESHELOUS.. “

Pandai sungguh chef cilik ni di dapur. Part puji sedap tu memang tergelak besar dengan perkataan Lara ni. Dah tertukar terbalik semua huruf ye Lara. Apa pun, cupcakes Lara nampak sangat sedap. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Lara sentiasa diberi anugerah kecerdikan oleh Allah dan menjadi anak yang berguna kelak. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana, IG Scha Alyahya by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..