” Dari bayangan pun dah cam walaupun dilindungi dengan tirai.. “

Perkongsian Ucapan Selamat Hari Wanita Bersama Sekeping Gambar Wanita Di Sebalik Tirai Oleh Wan Emir Astar Jadi Tumpuan Netizen. Eh.. Macam Mira Filzah Je Tu !!

Namanya mula jadi sebutan apabila dilihat hadir bersama pelakon cantik manis Mira Filzah ketika majlis resepsi pelakon Farah Nabilah Januari lalu. Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid adalah seorang arkitek.

Beliau juga memiliki perniagaan dan firma seni binanya sendiri. Desas desus hangat diperkatakan bahawa Mira sudahpun dirisik dan bakal bertunang September tahun ini. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana baik Emr mahupun Mira tidak memberikan sebarang kenyataan.

Mira yang pernah memaklumkan bahawa beliau dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka yang bukannya terdiri daripada orang seni membuatkan peminat mula berteka teki dan ternanti-nanti pengumuman dari gadis manis ini.

Menerusi akaun Instagram, Wan Emir Astar telah berkongsikan satu kapsyen mengucapkan selamat hari wanita yang sangat sweet ayatnya. Memuatnaik bersama sekeping gambar seorang wanita namun terlindung di sebalik tabir buat netizen tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Macam kenal ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen teruja dengan bayang wanita yang kelihatan seperti Mira Filzah itu. Antara komen-komen netizen :

” Hm macam kenal wanita itu.. “

” Cara posing pun boleh agak mira filzah.. “

” Walau disebalik tabir, tetap dikenali dari bentuk bayang-bayangnya.. “

” Ayok kant0i.. “

” Tengok style tudung pun dah kenal siapa.. “

” Macam si dia je.. Hahaha.. “

” Dari bayangan pun dah cam walaupun dilindungi dengan tirai.. “

Wah nampak dari bentuk dan gaya posing tu memang sama macam Mira Filzah la. Apa mungkin g0sip yang tular awal Januari lalu itu benar-benar kenyataan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Emir dan Mira. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Emir sentiasa berbahagia disamping keluarga dan insan tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wan Emir Astar by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..