“ Dah tonton, satu jam 200k views. P0wer Tokti.. ” – Dato’ Aznil Hj Nawawi

Capai 200 Ribu Tontonan Hanya Dalam Masa 1 Jam, Video Muzik Lagu Baru ‘Siapa Tak Mahu’ Oleh Dato’ Siti Nurhaliza Raih Tontonan Ramai. St0ryline Hebat Dan Lagu Catchy. Part Hun Haqeem Pujuk Mira Filzah Tu Sweet. Memang Gemp4k, Bertaraf International !!

Penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza Binti Tarudin, namanya sentiasa meniti di bibir masyarakat Malaysia. Seorang yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Peminatnya bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, malah sebut sahaja nama Dato’ Siti di negara jiran Indonesia, Brunei dan Singapura, pastinya ramai yang mengenali penyanyi yang mempunyai alunan suara merdu ini.

Umum penyanyi yang pernah popular menerusi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini telah memuat naik satu perkongsian baru melalui Instagramnya mengenai pelancaran muzik video terbarunya yang berjudul ‘Siapa Tak Mahu’. Wow, pertama kali dengar bait-bait lirik lagu ‘Siapa Tak Mahu’ terus terngiang-ngiang dalam fikiran. 

Mungkin ramai yang berteka-teki mengenai MV terbaru Dato’ Siti sebelum ini. Konsepnya ibarat Dato’ Siti sebagai penjaga muzium Manifestasiti di mana dalam MV tersebut, Dato’ Siti boleh menjelma dengan pelbagai watak. Watak jelmaan Dato’ Siti bermula melalui frame, menjadi patung, mempersembahkan nyanyian sehingga Dato’ Siti sendiri memberikan solusi kepada teman lelaki pasangan yang sedang bercinta.

Melalui perkongsian itu juga kelihatan pelakon popular dan semakin meningkat naik Mira Filzah dan Hun Haqeem memainkan watak menjadi pasangan yang sedang bercinta dalam muzik video itu. Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang sudah menonton muzik video penuh ini pastinya akan mengira berapa persalinan yang telah digunakan oleh Dato’ Siti. Alahai, cantik betul Dato’ Siti dalam semua penggayaaan baju dipakainya.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Pastinya muzik video yang dikongsi ini akan trend1ng seperti video-video muzik Dato’ Siti seperti sebelum ini. Hal ini kerana dapat dilihat lagu ini catchy dan sedap didengar di halwa telinga terutama untuk golongan anak muda. St0ryline muzik video ini juga kelihatan lebih menarik serta nampak berbeza daripada MV Dato’ Siti sebelum ini. Bukan itu sahaja viewers video dalam masa satu jam boleh mencapai 200 ribu tontonan. Antara komen-komen rakan artis dan netizen :

Dah tonton satu jam 200k views.. P0wer tokti.. ” – Dato’ Aznil Hj Nawawi

“ Awww dato.. Saya dah tengok dah.. Sweet je.. Sangat wow & melet0p.. “

Tak jemu tonton berulang kali.. Jom bagi trend1ng Sitizoners.. “

“ Love Sangat Tokti MV ni.. Banyak improvement dari pihak Siti pr0duction.. English Subtitles ada.. MV pon Taraf international.. “

“ Selayaknya level Tokti MV ni.. Love secara total.. G1ler best MV ni.. Baru lah level Tokti.. “

“ Dah tengok dahh toktiii. Tokti cantikk sangattt.. Suka suka sukaaaaa.. “

“ 5 elai baju mak itie… D0k gigeh kire baju syanteq mak itie.. “

Semuanya sangat sempurna, siapa sahaja yang melihat video penuh muzik terbaru Dato’ Siti ini akan terpuk4u dan jat0h cinta dengan iramanya. Muzik video yang sangat hebat malahan sesuai dengan tarafnya seorang selebriti yang sangat disegani dan dihormati melalui sifat rendah dirinya. Semoga Dato’ Siti sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam menghasilkan pelbagai karya-karya yang akan menyinari dan mewarnai masyarakat sekeliling.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..